half-caste | kacukan; peranakan | Sejarah | Tiada | Tiada |
dystocia | distosia | Perubatan | Tiada | Kesukaran melahirkan anak disebabkan kelainan pada fetus atau saluran peranakan. |
puerperal fever | demam puerpera | Perubatan | Tiada | Demam semasa berpantang disebabkan jangkitan pada uterus dan saluran peranakan. |
boria | boria | Muzik | Tiada | Tenter popular di Pulau Pinaog. Boria mula diperkenalkan pada abad ke-19 oleh keturunan Jawi Peranakan dan popular da lam kalangan urang Melayu. Boria terdin daripada sketsa lawak jenaka, nyanyian vokal dan tarian. Lagu dinyanyikan secara bersahut-sahutan antara tukang karang dengan korus. Korus ini juga dikenali sebagai sailors. Ensembelnya terdiri danpada biola, gambus, marwas, tabla, akordion, simbal, harmonika dan alat muzik Barat yang lain. Muziknya mengikut peredaran zaman, sementara liriknya tertumpu pada puisi, sajak dan isu semasa. |
Rafflesia sp. | Pakma | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis parasit dalam famili Rafflesiaceae yang tumbuh menumpang pada pokok perumah spesies Tetrastigma spp. Tumbuhan ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Tumbuhan ini tidak mempunyai batang, daun atau akar dan mendapatkan makanan daripada perumah. Bunganya yang telah kembang berbau busuk untuk menarik lalat sebagai agen pendebungaan. Air rebusan kudup bunga yang telah dikeringkan digunakan oleh wanita untuk menguatkan organ peranakan, mempercepat proses melahirkan anak, meningkatkan tenaga dan untuk awet muda. |
Renellia paniculata | Akar sembung, Mengkunyit, sekunyit, ginseng | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae ini juga dikenali sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daun tersusun bertentangan dan pucuk muda berwarna ungu. Bunganya berwarna putih dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunkan oleh wanita lepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka. |
Phyllagathis rotundifolia | Tapak sulaiman, kerakap rimba, tutup bumi rimba | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae juga dikenali sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, tonik wanita lepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut. |
Renellia paniculata | akar sembung | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daunnya tersusun secara bertentangan dan pucuk mudanya berwarna ungu. Bunganya berwarna putih, dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka. |
Rafflesia sp. | pakma | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis parasit dalam famili Rafflesiaceae yang tumbuh menumpang pada pokok perumah spesies Tetrastigma spp. Tumbuhan ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Pakma tidak mempunyai batang, daun atau akar dan mendapatkan makanan daripada perumah. Bunganya yang kembang berbau busuk untuk menarik lalat sebagai agen pendebungaan. Air rebusan kudup bunga yang telah dikeringkan diminum oleh wanita untuk menguatkan organ peranakan, mempercepat proses melahirkan anak, meningkatkan tenaga dan untuk awet muda. |
Phyllagathis rotundifolia | tapak sulaiman | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, dibuat tonik ibu selepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut. |