imperative planning | perancangan imperatif/perancangan mendesak | Sosiologi | Tiada | Bentuk perancangan yang bersifat memerintah dan melibatkan arahan-arahan tertentu. |
top-down planning | perancangan atas-bawah | Pengurusan | Perancangan | Proses merangka pelan perancangan yang bermula daripada pihak pengurusan atasan organisasi sebelum diturunkan kepada pekerja untuk dilaksanakan. Tujuan perancangan atas-bawah adalah untuk menentukan tindakan dan aktiviti pengurusan dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh setiap unit kerja dalam organisasi. Tindakan utama dalam perancangan ini adalah dengan menentukan matlamat organisasi dan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Langkah-langkah lain yang perlu dilakukan ialah penetapan agihan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti yang digariskan dalam perancangan tersebut. Contoh perancangan atas-bawah ialah perancangan strategik yang dibuat oleh kumpulan pengurusan atasan sebelum langkah-langkah pengoperasian dilakukan oleh bahagian-bahagian pelaksana dalam organisasi. |
plan | pelan; rancangan | Geografi | Tiada | 2. Rancangan: Sebuah skema teratur atau cara untuk melaksanakan sesuatu tindakan seperti perancangan fizikal, perancangan kawasan dan perancangan alam sekitar. |
financial strategy | strategi kewangan | Pengurusan | Perancangan | Perancangan menyeluruh tentang penjanaan modal serta penggunaan dan pengurusan sumber kewangan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat operasi dan memaksimumkan nilai pulangan kepada pihak berkepentingan. Strategi ini merupakan teras kepada perancangan strategik sesebuah organisasi kerana fungsinya membiayai keseluruhan tindakan dan aktiviti operasi. Contoh strategi kewangan adalah dengan memeterai kerjasama rakan kongsi bagi mengelakkan kos pinjaman modal. |
imperative planning | perancangan imperatif/perancangan mendesak | Geografi | Tiada | Tiada |
environmental planning | perancangan persekitaran; perancangan environmental | Geografi | Tiada | Tiada |
environmental planning | perancangan persekitaran; perancangan environmental | Sains Politik | Tiada | Tiada |
discharge planning | perancangan discaj/perancangan kepulangan pesakit | Perubatan | Tiada | Penyediaan bersistem kepada pesakit dan keluarga yang dibenarkan pulang dari hospital untuk mengekalkan penjagaan berterusan. |
imperative planning | perancangan imperatif/perancangan mendesak | Ekonomi | Tiada | Tiada |
planning | perancangan | Pengurusan | Perancangan | Proses merangka aktiviti dan hala tindakan yang akan dilakukan secara sistematik oleh individu atau kumpulan kerja dalam organisasi untuk menetapkan objektif dan matlamat yang perlu dicapai. Perancangan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti penetapan visi dan misi organisasi, penilaian persekitaran, pemilihan alternatif tindakan yang bersesuaian dan peruntukan sumber (wang, tenaga kerja, peralatan) bagi mencapai matlamat keseluruhan organisasi. Tujuan perancangan dilakukan adalah untuk memberikan panduan mengenai hala tuju, mengurangkan pembaziran sumber dan mengelakkan pertindihan aktiviti serta menentukan piawaian dalam proses kawalan. |