Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl buluh dll utk mengapit ikan (daging dll) yg dipanggang, pemanggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Microcos tomentosacenderaiHerbaBotani dan BioteknologiPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
thymetaimPentadbiran PerniagaanTiadaHerba berwarna hijau keperang-perangan untuk mengekalkan rasa asal makanan dalam masakan seperti masakan arnab, rusa dan babi.
brown rouxroux perangPentadbiran PerniagaanTiadaRoux yang dimasak sehingga berwarna keperang-perangan.
brown rouxroux perangPentadbiran PerniagaanTiadaRoux yang dimasak sehingga berwarna keperang-perangan.
beigekuning airPentadbiran PerniagaanTiadaWarna yang seakan-akan kuning cair keperang-perangan.
resindamarHerbaBotani dan BioteknologiBahan berbentuk cecair likat yang dihasilkan oleh tumbuhan. Warnanya sama ada cerah atau keperang-perangan dan beraroma. Bahan ini merupakan agen pertahanan pokok daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Damar biasanya keluar daripada batang pokok apabila terdapat luka akibat ditakik, merekah atau ditebuk oleh serangga. Bahan ini akan mengeras selepas terdedah kepada udara dan warnanya bertukar menjadi perang, kekuning-kuningan atau hitam. Damar digunakan sebagai bahan pelekat, penampal, dan menghasilkan aroma apabila dibakar dan minyak pati. Contoh pokok yang mengeluarkan damar ialah kemenyan (Styrax benzoin), kapur (Dryobalanops aromatica) dan keruing (Dipterocarpus sp.).
hawksbill turtlepenyu sisikPerikananTiadaPenyu laut daripada famili Chelonidae, spesies Eretmochelys imbricate yang mempunyai cangkerang dan sisik besar berwarna keperang-perangan dan merupakan spesies yang terancam. Penyu sisik bergerak dalam jarak yang jauh di sekitar Asia Tenggara. Penyu sisik hanya bertelur di kawasan tertentu sahaja.
Peronema canescenssungkaiHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana tinggi dalam famili Verbenaceae dan ketinggiannya mencapai 18 meter. Pokok sungkai hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Batangnya perang kekelabuan dan bersisik. Daunnya jenis majmuk pinat dan tersusun setentang. Daun muda berwarna merah keperang-perangan. Jambak bunganya besar dan panjang dan jenis panikel. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya jenis kapsul yang mengandungi empat ruang, dan bijinya kecil dan banyak. Daunnya pahit dan jusnya boleh dibuat ubat demam. Air rebusan daun dibuat mandian untuk mengubati demam panas. Daun yang ditumbuk bersama-sama beras dijadikan bedak sejuk. Daun yang dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat penyakit reumatik. Daun yang dicampurkan dengan sedikit kapur dipupuk pada perut untuk mengubati sakit perut.

Kembali ke atas