media transfer | pindah media | Pendidikan | Tiada | Pemindahan bahan dari satu perantara ke perantara lain seperti dari filem kepada pita video. |
takaful mediator | perantara takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu atau syarikat yang bertindak sebagai perantara kepada bakal peserta takaful dengan syarikat pengendali takaful. Perantara takaful terdiri daripada broker takaful yang bertindak bagi pihak peserta dan ejen takaful yang bertindak bagi pihak syarikat pengendali. Perantara takaful bertanggungjawab menjelaskan kepada bakal peserta tentang sebarang hubungannya dengan syarikat pengendali takaful bagi memastikan kepentingan peserta itu terjamin. |
intermediates | bahan perantara | Kimia | Tiada | Sebatian organik yang terbentuk di antara bahan pemula dengan hasil akhir dalam tindak balas sintesis kimia. Sebatian perantara ini merupakan asas kepada teknologi organik moden. Misalnya, etanal sebagai bahan perantara dalam pengoksidaan etanol kepada asid etanoik. |
transition state theory | teori peralihan keadaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori yang memodelkan kadar penguraian kompleks perantara yang terbentuk. Kadar pembentukan kompleks perantara menurut model ini dianggap tersangat pantas dan sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan. Kadar tindak balas kimia dihadkan oleh penguraian kompleks perantara. |
propagation step | langkah perambatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Langkah kedua mekanisme tindak balas berantai yang menghasilkan produk dan juga kompleks perantara baru hasil tindak balas kompleks perantara (yang terbentuk dalam langkah permulaan) dengan bahan tindak balas lain. Kompleks perantara hanya bertindak sebagai mangkin sahaja dalam langkah ini. |
portable data medium | perantara data mudah alih | Kejuruteraan | Tiada | Perantara data yang dapat dipindahkan dengan mudah dan secara tak bersandaran daripada mekanisme yang digunakan dalam mentafsirnya. |
electroactive mediator | perantara elektroaktif | Fizik | Nanoteknologi | Kompleks multiprotein yang berubah bentuk apabila dikenakan voltan serta bertindak sebagai perantara. |
periosteum | periosteum | Perubatan | Tiada | Tisu perantara khusus yang menutupi semua tulang tubuh dan mempunyai keupayaan membentuk tulang. Pada orang dewasa, tisu ini terdiri daripada dua lapisan yang tidak dapat dibezakan dengan jelas; lapisan luar merupakan jaringan tisu perantara yang tumpat yang mengandungi pembuluh darah, manakala lapisan dalam pula terdiri daripada berkas kolagen yang tersusun longgar, tisu penghubung yang berbentuk gelendong dan jaringan serat yang nipis dan kenyal. |
tapeworm | cacing pita | Perubatan | Tiada | Cacing parasit yang terdapat di dalam usus. Cacing ini berbentuk pipih seperti pita dan bersegmen; telur cacing tersebut memasuki saluran makanan perumah perantara, dan seterusnya memasuki tisu untuk membentuk sista; apabila perumah perantara dimakan, sista tersebut berkembang di dalam saluran makanan perumah yang baru ini dan menjadi cacing pita dewasa. |
collision theory | teori pelanggaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori yang memodelkan pelanggaran bertenaga antara molekul bahan tindak balas untuk menghasilkan kompleks perantara yang sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan dan tidak mempengaruhi kadar tindak balas keseluruhan. Menurut model ini, kadar tindak balas dihadkan oleh pembentukan kompleks perantara. |