Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patossentuh hibaKesusasteraanTiadaSifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�.
lovecinta; kasih sayangKesusasteraanTiadaPerasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain.
emotional appealpemikat perasaanKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun
psychological needskeperluan psikologiGerontologiTiadaFaktor dalaman seperti ketenangan, kasih sayang dan perasaan dihormati yang perlu dipenuhi supaya individu itu mendapat kestabilan psikologi.
schizophreniaskizofreniaPerubatanTiadaGangguan psikosis yang dicirikan dengan pemikiran yang bercelaru dan tidak benar, dan diiringi dengan delusi serta halusinasi. Pesakit biasanya cenderung untuk memencilkan diri dan hilang perasaan kasih sayang terhadap keluarga dan sahabat handai. Penyakit ini mungkin merupakan penyakit keturunan dan puncanya belum diketahui lagi.
egomaniaegomaniaKesenianDrama dan TeaterSifat atau perasaan watak dalam drama yang terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja. Drama Hang Jebat Menderhakakarya Ali Aziz menampilkan Jebat sebagai seorang egomania.
ambivalenceambivalensJururawatKejururawatan Klinikal

 Kehadiran emosi yang bercanggah terhadap sesuatu objek. Sekiranya perasaan menjadi melampau akan menjurus kepada gangguan psikologi. Contohnya, benci dan sayang kepada se-seorang.

egoegoKesusasteraanTiadaTanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme.
copy approachkaedah naskhahKomunikasiKorporatPendekatan penulisan dan persembahan mesej pengiklanan dalam media cetak atau elektronik. Strategi persembahan mesej bergantung pada jenis barangan, khalayak sasaran dan jenis kesan yang hendak ditinggalkan. Antara pendekatan persembahan yang biasa digunakan termasuklah pendekatan emosi, pendekatan fakta dan saintifik, dan pendekatan ugutan. Pendekatan persembahan mesej secara emosi melibatkan usaha menguasai perasaan khalayak seperti melalui perasaan simpati, kasih sayang, pujukan, kesedihan, dan penderitaan. Iklan jenis ini biasanya melibatkan kanak-kanak, ibu tunggal, orang tua, atau mangsa sesuatu kejadian sebagai alat untuk menguasai perasaan khalayak. Pendekatan persembahan mesej secara fakta memerlukan pengiklan menggunakan data saintifik untuk menyokong sesuatu dakwaan mengenai kehebatan sesuatu barangan yang diiklankan. Iklan jenis ini biasanya menggunakan keputusan kajian di makmal sebagai bahan untuk mendapatkan keyakinan khalayak. Sementara pendekatan ugutan memaparkan mesej yang memberi amaran ke
lieblichlieblichMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan yang penuh dengan kasih sayang dalam gaya muzik yang lemah lembut.

12

Kembali ke atas