postpartum haemorrhage | perdarahan postpartum | Kejururawatan | Tiada | Perdarahan yang berlaku selepas kelahiran bayi dengan jumlah perdarahan lebih daripada 500 ml atau perdarahan yang mengakibatkan ibu mengalami renjatan. |
antihaemorrhagic | pengantidarahan | Kimia | Tiada | 1. Bahan yang mencegah atau memberhentikan perdarahan. 2. Memberhentikan perdarahan. |
thrombocytopenic purpura | purpura trombositopenia | Perubatan | Tiada | Gangguan perdarahan bercirikan pengurangan bilangan platlet dalam darah dan bergejalakan perdarahan mulut dan kulit apabila tercedera dan masa perdarahan yang bertambah tetapi masa pengentalan darah tetap normal. |
bleeding | perdarahan;; turun warna (PEM.MAN) | Sosiologi | Tiada | 2. Perdarahan: Pengaliran keluar darah dari salur yang cedera. |
bleeding | perdarahan;; turun warna (PEM.MAN) | Perubatan | Tiada | 2. Perdarahan: Pengaliran keluar darah dari salur yang cedera.,3. Pembuangan darah, flebotomi. |
bleeding disorder | gangguan perdarahan | Perubatan | Tiada | Gangguan pengumpalan darah dan perdarahan sukar dikawal, secara kongenital dan perolehan. |
petechia | petekia | Perubatan | Tiada | Bintik-bintik perdarahan yang kecil, yang kelihatan pada kulit. Bintik ini wujud akibat perdarahan di dalam kulit atau pada submukosa. Lihat juga purpura dan ekimosis. |
thrombocytopathic purpura | purpura trombositopatik; purpura trombositopati | Perubatan | Tiada | Penyakit kronik keturunan yang menyebabkan kekurangan peretrakan klot yang tak normal walaupun masa perdarahan dan bilangan platlet normal, dan bergejala termasuk purpura, perdarahan berlebihan dan kelebaman yang cepat. |
antifibrinolytic | antifibrinolitis | Perubatan | Tiada | Ubat perencat proses fibrinolisis yang melindungi darah beku daripada lisis dan seterusnya mengurangkan perdarahan hasil daripada kegagalan hemostasis. Dalam perubatan, terdapat satu antifibrinolitis yang berguna secara klinikal iaitu Aminocaproic Acid. Ubat ini digunakan untuk menghalang perdarahan selepas pembedahan prostat dan cabut gigi bagi pesakit hemofilia. Kesan sampingannya ialah miopati dan nekrosis otot. |
dicoumarol poisoning | keracunan dikumarol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan berlebihan dikumarol (bishidroksikumarin), iaitu ubat yang digunakan sebagai antikoagulan dan rodentisid. Kematian mungkin teljadi selepas pengambilan dos harian berulang sebanyak 100 mg. Tanda utama keracunan ialah perdarahan. Keracunan akut menyebabkan hemoptisis, hematuria, tinja berdarah, perdarahan dalam organ, lebam di merata-rata badan, dan perdarahan ke dalam ruang-ruang sendi. |