Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.bu.san] | ڤربوسن

Definisi : proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perebusan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perebusanperebusanKesenianTiadaProses mengawet mengkuang atau pandan selepas penjangkaan.
decoctionperebusan; rebusanKimiaTiadaRebusan: Sari atau bahan yang diperoleh dengan merebus.
soy saucekicapMakanan dan PemakananMakananSejenis produk kacang soya yang difermentasi. Proses penghasilan produk ini melibatkan perebusan kacang soya diikuti dengan penambahan garam dan seterusnya difermentasi. Kulat yang terlibat dalam proses fermentasi ini ialah Aspergillus oryzae atau Aspergillus sojae.
acid-detergent fiber (ADF)serabut detergen asidVeterinarTiadaKomponen yang mengandungi selulosa, lignin dan silika. Komponen ini merupakan residu selepas bahan makanan diekstrak menggunakan detergen asid. Proses pengekstrakan melibatkan perebusan bahan makanan dalam natrium lauril sulfat selama satu jam. Kaedah ini merupakan sebahagian daripada prosedur analisis serabut berdasarkan kaedah Van Soest bagi menilai mutu sumber makanan ternakan. Antara jenis makanan ternakan yang dianalisis ialah foraj, bahan berserabut atau bahan sampingan pertanian. Pada umumnya, makanan yang mengandungi aras serabut detergen asid yang tinggi mempunyai kebolehcernaan yang rendah.

Kembali ke atas