viscous damping | peredaman likat | Mekanik | Gunaan | Peredaman yang disebabkan oleh bahan seperti air, minyak dan udara. Di bawah peredaman likat, daya pelambat berkadar langsung dengan halaju jasad yang bergetar asalkan jasad bergerak melalui bahan tersebut dengan perlahan. Daya pelambat yang berkenaan dinamai daya peredaman likat. |
under-damping | peredaman kurang | Mekanik | Gunaan | Peredaman likat yang menyebabkan sistem bergetar secara fana, iaitu jerayun getaran menyusut dengan masa sehingga getaran akhirnya berhenti. Peredaman ini berpadanan dengan keadaan pekali redaman yang lebih kecil daripada pekali redaman genting. |
over-damping | peredaman lebih | Mekanik | Gunaan | Peredaman yang menyebabkan sistem yang diganggu bergerak dan kemudiannya berhenti tanpa bergetar walaupun sistem itu dapat bergetar sekiranya peredaman dikurangkan secukupnya. Keadaan ini berpadanan dengan pekali redaman yang lebih tinggi daripada pekali redaman genting. |
short wave fade out | peredaman gelombang pendek | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Peredaman secara tiba-tiba penerimaan gelombang radio pendek semasa kilau suria berlaku. Peredaman ini berlaku disebabkan oleh gelombang radio pendek tersebut yang dipantulkan oleh lapisan F mengalami penyerapan yang berlebihan di dalam lapisan D yang disinari matahari. |
overdamping | peredaman lebih | Kejuruteraan | Tiada | Peredaman yang lebih daripada nilai genting. |
critical damping | peredaman genting | Mekanik | Gunaan | Peredaman dengan nilai pekalinya merupakan nilai minimum bagi pekali yang mampu menghalang sistem daripada bergetar. Pekali berkenaan dinamai pekali redaman genting. |
fadeout | peredaman | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pengurangan kekuatan isyarat kepada nilai di bawah tahap hingar penerima. Peredaman selalunya disebabkan oleh gangguan ionosfera. |
damping | peredaman | Mekanik | Gunaan | 1. sebarang proses yang menyebabkan jerayun getaran atau ayunan menurun dengan perjalanan masa. Peredaman berlaku kerana hilangnya tenaga daripada sistem yang sedang bergetar atau berayun. 2. Penyusutan jerayun getaran atau ayunan. |
internal damping | peredaman dalam; lembapan dalam | Fizik | Tiada | Tiada |
internal damping | peredaman dalam; lembapan dalam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |