drainage well | perigi saliran | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang digunakan untuk mengeluarkan air tanih atau air permukaan lebihan dari akuifer yang cukup telap dan mempunyai hulu yang cukup jauh di bawah permukaan tanah untuk mengeluarkan air pada kadar yang memuaskan. Ini mungkin termasuk aliran semula jadi atau pemampaan ke perigi. Sin.: perigi serap, perigi penyerapan, perigi songsang, perigi saliran songsang, perigi negatif, perigi suntikan buangan, perigi lupusan buangan |
recharge well | perigi imbu | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang digunakan untuk memasukkan air dari permukaan ke satu akuifer atau lebih, proses yang umumnya dikenali sebagai imbuh buatan: perigi suntik atau perigi susup. Alirannya ialah keterbalikan dari aliran perigi pengeluaran. Ruj.: Chow 1964 Sin.: perigi pengimbuh, perigi input |
single well pulse technique | teknik denyut perigi tunggal | Hidrogeologi | Tiada | Pemasukan perunut ke akuifer melalui perigi semasa perigi diimbuh dengan tekanan secukupnya untuk menghapuskan kesan sementara. Denyut perunut di sebarang isi padu yang berpatutan dialihkan ke bawah oleh isi padu air yang cukup untuk menolaknya keluar dari perigi ke dalam akuifer. Denyut itu kemudiannya dipampa keluar dari perigi yang sama sesudah ditunda beberapa waktu tatkala denyut itu hanyut mengikut halaju semula jadi ke arah gradien aliran setempat. Kepekatan atau perilaku air yang dipampa itu tadi disemak dan dirakamkan (IAEA). Ruj.: Mandel 1960 |
control well | perigi percubaan | Hidrogeologi | Tiada | Perigi pampa atau perigi imbuh yang digunakan dalam uji akuifer, berbeza dari perigi cerapan. |
capacity (of a well) | kapasiti (perigi) | Hidrogeologi | Tiada | Kadar maksimum sesebuah perigi dapat mengeluarkan air dengan cara pemampaan setelah air dalam perigi itu dikeluarkan. Ini adalah kadar pengeluaran ketika paras air dalam perigi disurutkan ke paras pengambilan. (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: jumlah kapasiti (perigi), kapasiti luah (perigi), daya pengeluaran hasil keupayaan |
injection well | perigi suntikan | Hidrogeologi | Tiada | Perigi imbuh yang digali ke dalam akuifer dan digunakan untuk penyuntikan langsung air. Perigi ini berbeza dari perigi susup. |
infiltration well | perigi susupan | Hidrogeologi | Tiada | Perigi imbuh yang digali hanya ke dalam zon tak tepu dan ia berbeza dari perigi suntikan. Sin.: perigi resapan |
recovery | pemulihan | Hidrogeologi | Tiada | Kenaikan paras air perigi yang berlaku selepas berhentinya peluahan dari perigi itu atau perigi lain yang berdekatan. Cat.: peningkatan tekanan ialah konsep setara untuk perigi artois yang mengalir. Ruj.: Tolman 1937 |
collector well | perigi pengumpul | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang dibina dengan menurunkan satu kaison konkrit berbentuk silinder ke dalam mendapan peroi. Dasar silinder ini ditutup dengan penyumbat konkrit dan kemudian beberapa paip bertebuk dijulurkan secara mendatar ke dalam akuifer. Ruj.: Mikels, Klaer 1956 Sin.: perigi jejari, perigi pengumpul berjejari |
driven well | perigi pasak | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang dibuat dengan mengasakkan paip bersambung ke akuifer dalam bahan peroi. Garis pusat paip biasanya antara 1� hingga 2� inci dan jarang sekali melebihi ukuran ini. Pada umumnya perigi ini mempunyai kedalaman hanya beberapa puluh kaki dan jarang sekali melebihi 100 kaki. Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: perigi asak, perigi Abyssinia |