Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ka.tan]/[per.i.ka.tan] | ڤرايکتن

Definisi : 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan: beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hendak menubuhkan sebuah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ka.tan]/[per.i.ka.tan] | ڤرايکتن

Definisi : 1 kumpulan yg terdiri drpd beberapa kumpulan lain yg bergabung; persekutuan: Parti ~ parti politik yg terdiri drpd beberapa buah parti politik yg bergabung. 2 perihal berhubung; perhubungan; pertalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allianceperikatanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPakatan atau gabungan antara dua atau lebih negara yang dibentuk untuk melindungi kepentingan bersama, seperti dalam hal pertahanan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, pembentukan sesebuah perikatan merupakan keputusan politik negara-negara berkenaan. Contohnya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pakatan Warsaw. Perjanjian yang membentuk perikatan-perikatan ini memperuntukkan bahawa serangan musuh terhadap salah satu anggota perikatan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota perikatan. Oleh sebab itu, semua anggota perikatan perlu mempertahankan negara yang diserang.
guild socialismfaham sosialis perikatan/sosialisme perikatanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
allianceperikatanSains PolitikHubungan AntarabangsaPermuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO.
cross-border strategic allianceperikatan strategik rentas sempadanPengurusanPerancanganPerikatan strategik yang melibatkan pembentukan kerjasama antara organisasi dari negara yang berbeza bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa. Perikatan strategik rentas sempadan bertujuan untuk memberikan kelebihan daya saing kepada organisasi dengan risiko yang lebih rendah berbanding tindakan pengambilalihan atau penggabungan. Contohnya, kerjasama antara syarikat penerbangan beberapa negara yang membentuk rangkaian perikatan yang mampu mengukuhkan prestasi pengoperasian pada peringkat antarabangsa.
strategic allianceperikatan strategikPengurusanPerancanganPendekatan yang diambil oleh organisasi untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga dengan organisasi lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam persaingan. Contohnya, perikatan strategik antara Universiti Awam dengan syarikat penerbangan yang menjalin kerjasama untuk mencapai kepentingan antara kedua-dua pihak. Pihak syarikat penerbangan dapat menjadikan universiti sebagai pelanggan korporat, manakala pihak universiti pula dapat menjadikan syarikat penerbangan tersebut sebagai tempat latihan industri dan kajian kes untuk rujukan penyelidikan kepada pelajar dan staf universiti.
allianceperikatanPerpustakaanTiadaTiada
allianceperikatan; aliansPerhutananTiadaTiada
allianceperikatanUndang-undangTiadaTiada
allianceperikatanSejarahTiadaSatu persekutuan atau persatuan yang dibentuk atas dasar dan matlamat yang sama oleh pihak-pihak tertentu.
allianceperikatanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
123

Kembali ke atas