bridge | jambatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | 1. Laluan pejalan kaki, kenderaan, binatang dll. 2. Jalan, terusan ataupun perkhidmatan- perkhidmatan lain yang terletak di antara dua kedudukan atau lebih di atas tanah. |
relative value scale | skala nilai relatif | Farmasi | Tiada | 1. Kaedah menentukan nilai perkhidmatan tertentu yang mempertimbangkan masa dan kesukaran memberikan perkhidmatan tersebut. 2. Set parameter yang tidak berdimensi. Contohnya, graviti tentu dan kekonduksian tentu. |
package | pakej | Komunikasi | Korporat | 1. Set persembahan maklumat mengenai kelompok barangan, perkhidmatan, atau organisasi. Persembahan maklumat dirancang secara berstruktur dan bersepadu untuk memperagakan citra barangan, perkhidmatan, atau organisasi yang berkenaan secara berpakej. Perancangan persembahan ini mengambil kira jenis, mutu, fungsi dan kepentingan barangan, perkhidmatan dan falsafah organisasi. Keseluruhan persembahan akan melambangkan citra barangan dan organisasi sebagai satu pakej. Persembahan secara berpakej dan bersepadu boleh mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam organisasi. Contoh set persembahan adalah dalam bentuk kit media dan tawaran jualan barangan berpakej yang mengandungi pelbagai item dengan harga rendah. 2. Gabungan rancangan atau iklan yang ditawarkan oleh saluran televisyen untuk ditaja sebagai satu entiti menggunakan satu harga. Ruang iklan kadangkala dijual sebagai satu pakej. |
centralization | pemusatan; penengahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kaedah menempatkan pemusatan perkhidmatan pejabat pada satu tempat. |
terminal | pangkalan/terminal | Aeroangkasa | Tiada | 1. Kawasan memulakan dan menamatkan berbagai-bagai perkhidmatan untuk mengambil dan menurunkan penumpang atau kargo. |
terminal | pangkalan/terminal | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kawasan memulakan dan menamatkan berbagai-bagai perkhidmatan untuk mengambil dan menurunkan penumpang atau kargo. |
ancillary | tambahan; ansilari | Perubatan | Tiada | 1. ansilari: Pembantu dalam menjalankan satu-satu tugas atau perkhidmatan. |
terminal | pangkalan/terminal | Kejuruteraan Automotif | Tiada | 1. Kawasan memulakan dan menamatkan berbagai-bagai perkhidmatan untuk mengambil dan menurunkan penumpang atau kargo. |
allowances | elaun | Ekonomi | Tiada | 1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan. |
embargo | embargo | Ekonomi | Tiada | 1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas. |