elastic collision | perlanggaran kenyal | Kimia | Tiada | Perlanggaran antara dua objek dalam keadaan unggul, iaitu jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran sama dengan jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran. Bdg. perlanggaran tak kenyal. |
inelastic collision | perlanggaran tak kenyal | Kimia | Tiada | Perlanggaran antara dua objek yang melibatkan perubahan jumlah tenaga kinetik, iaitu jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran, akan berkurangan selepas perlanggaran kerana sebahagian daripada tenaga kinetik tersebut ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain, lazimnya haba. Bdg. perlanggaran kenyal. |
inelastic collision | perlanggaran tak kenyal | Fizik | Mekanik | Perlanggaran yang terjadi mengakibatkan tenaga kinetik zarah yang berlanggar tidak sama sebelum dan selepas perlanggaran. Sebahagian tenaga kinetik ini bertukar menjadi haba. Pekali lantunan dalam perlanggaran ini juga kurang daripada satu. |
line or impact | garis hentaman | Fizik | Mekanik | 1. Garis sepunya melalui titik persentuhan yang serenjang terhadap permukaan dua jasad yang berlanggaran. Perlanggaran atau hentaman dikatakan perlanggaran hentaman terus, jika halaju pusat-pusat jisim jasad berkenaan sebelum perlanggaran, selari dengan garis hentaman. Jika tidak, ia dikatakan jasad yang berlanggaran itu berada di atas garis hentaman, ia dikatakan perlanggaran pusat. 2. Garis yang bertangen kepada trajektori di titik perlanggaran. |
collision coefficient | pekali perlanggaran | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah momentum bersih selepas perlanggaran terhadap momentum bersih sebelum perlanggaran. |
elastic collision | perlanggaran kenyal | Fizik | Mekanik | Proses perlanggaran yang tidak mengubah tenaga dalam zarah-zarah yang terlibat. Dengan demikian, tenaga kinetik sebelum dan sesudah terjadinya perlanggaran itu adalah malar. |
protection and indemnity risk | risiko tanggung rugi dan perlindungan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan perlanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam. |
collision of the first kind | perlanggaran jenis pertama | Fizik | Moden | Perlanggaran tak kenyal yang sebahagian tenaga kinetik gerakan tranlasinya terubah kepada tenaga dalaman sistem perlanggaran. |
collision efficiency | kecekapan perlanggaran | Sains | Hidrometeorologi | Pecahan daripada semua titisan air yang, dari mulanya bergerak dalam laluan perlanggaran antara satu sama lain, sememangnya berlanggar. Kecekapan perlanggaran yang didarab dengan kecekapan percantuman menghasilkan kecekapan pungutan. |
collision | perlanggaran | Matematik | Tiada | 3. Perlanggaran antara beberapa jasad yang bergerak atau sekurang-kurangnya satu daripadanya bergerak. |