umbrella liability policy | polisi liabiliti payung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans yang tinggi. |
protection and indemnity risk | risiko tanggung rugi dan perlindungan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan perlanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam. |
primary coverage | perlindungan primer | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans yang membayar ganti rugi mulai daripada kerugian ringgit yang pertama, mungkin setelah ditolak deduktibel. Ini berbeza dengan perlindungan lebihan yang membuat pembayar sehingga perlindungan utama telah digunakan sepenuhnya. |
overload protection | perlindungan beban lebih | Teknik | Elektrik | Kesan daripada peranti perlindungan elektrik yang melindungi beban atau litar apabila menerima beban yang melebihi had kemampuannya. Perlindungan ini mungkin dilakukan dengan memutuskan bekalan atau mengurangkan arus mengikut jenis reka bentuk peranti tersebut. Sinonim perlindungan arus lebih. |
excess insurance | insurans lebihan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu. |
stop loss | kerugian tersukat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu. |
lag coverage | perlindungan susulan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan berbentuk endorsemen yang dikepilkan pada Polisi Ganggu Niaga yang meluaskan tempoh perlindungan sehingga tempoh perniagaan dibuka semula dan mencapai tahap sebelum perniagaan terganggu. |
crash coverage (aviation) | perlindungan terhempas (penerbangan) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan opsyenal di bawah polisi penerbangan yang memberikan perlindungan terhadap kerosakan kapal terbang akibat terhempas. |
additional coverage (insurance) | liputan tambahan;; pelindungan tambahan (insurans) | Pelayaran | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan asal, yang dikenakan juga bayaran premium tambahan. |
asset protection | perlindungan aset | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perlindungan yang diberikan kepada nilai entiti tertentu seperti pemproses komputer, cakera, rangkaian, atur cara, data dan juga pengguna. Perlindungan ini boleh dilaksanakan melalui penggunaan perkakasan dan perisian keselamatan. |