Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parenchymaparenkimaBiologiHistologi dan Sitologi1. Unsur perlu sesuatu organ yang digunakan sebagai kata umum bagi merujuk unsur-unsur berfungsi sesuatu organ, selain rangka dan stroma organ berkenaan di dalam nomenklatur anatomi. 2. Tisu hidup berdinding tipis pada tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi yang berupaya menjalani proses pembahagian sel walaupun sudah matang. Tisu ini berfungsi sebagai agen fotosintesis dan agen penyimpan. Sebahagian besar tisu akar daun, batang, pulpa buah dan struktur sokong terdiri daripada tisu ini. 3. Tisu penghubung yang lembut bak jeli yang mengandungi sel-sel stelat dan gentian yang mengisi interstis antara organ dalaman cacing pipih dan beberapa jenis vertebrat yang lain. 4. Endoplasma protozoon.
accessory elementunsur aksesoriGeologiTiada1. Unsur yang tidak perlu dalam suatu mineral tetapi terdapat dalam jumlah yang kecil di dalam strukturnya atau terjerap pada permukaannya. 2. Unsur yang terdapat dalam jumlah yang kecil di dalam haiwan atau tumbuh-tumbuhan dan diperlukan secara fisiologi.
aspartic acidasid aspartikKimiaTiada1. Asid amino bukan perlu yang biasa didapati dalam protein. 2. Asid aminosuksinik.
aspartic acidasid aspartikKimiaTiada1. Asid amino bukan perlu yang biasa didapati dalam protein. 2. Asid aminosuksinik.
aspartic acidasid aspartikPentadbiran PerniagaanTiada1. Asid amino bukan perlu yang biasa didapati dalam protein. 2. Asid aminosuksinik.
acid base balanceimbangan asid besKejururawatanTiadaImbangan antara jumlah asid karbonik dan bikarbonat dalam darah yang perlu dikekalkan pada nisbah 1:20 supaya kepekatan ion hidrogen dalam plasma mempunyai pH antara 7.35 hingga 7.45.
post calving nutritionpemakanan lepas beranakVeterinarTiadaPemberian makanan kepada ternakan selepas beranak. Dalam sistem pemakanan bagi lembu tenusu, kualiti dan jumlah makanan perlu ditingkatkan supaya nutrien dapat diperoleh dengan cukup dan seimbang. Selain itu, pemberian kalsium juga perlu ditingkatkan untuk menambahkan pengeluaran susu. Biasanya, natrium karbonat perlu ditambah sebanyak 0.5% hingga 1% ke dalam makanan ternakan tersebut bagi tujuan mengelakkan asidosis.
oxidation numbernombor pengoksidaanKimiaTiadaBilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkir daripada anion untuk memperoleh atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah +1 dan bagi klorin ialah – 1. Sin. nombor valens.
natural rubbergetah asliKejuruteraanPolimerCairan pokok terutamanya daripada pokok Hevea brasiliensis yang mengandungi 100% cis-1, 4-poliisoprena. Getah asli mempunyai berat molekul yang sangat tinggi, iaitu di antara 1.6 hingga 2.3 x 106. Ia perlu melalui proses pemamahan untuk mengurangkan berat molekul bagi memudahkan pemprosesan seterusnya. Sin getah Hevea, cis-1, 4-poliisoprena asli.
cachetkasyetPerubatanTiada1. Kasyet: Bentuk dosej oral yang perlu diletakkan di antara dua lapisan tipis kanji basah dan ditutup, untuk melembutkannya sebelum ditelan.
1234567

Kembali ke atas