essential amino acid | asid amino perlu | Veterinar | Tiada | Sekumpulan asid amino yang penting dan perlu ada dalam makanan pada aras yang bersesuaian mengikut keperluan makanan. Terdapat 10 jenis asid amino perlu iaitu lisina, metionina, fenilalanina, valina, triptofan, arginina, histidina, isoleusina, leusina dan treonina yang perlu ada dalam makanan kerana asid-asid ini tidak boleh disintesiskan dalam tubuh, atau jika disintesiskan ia masih tidak mencukupi. Asid amino perlu menjadi sumber atau asas kepada pembentukan asid amino yang lain. Biasanya, seekor unggas memerlukan salah satu asid amino perlu sama ada glisina atau serina kerana dua jenis asid amino ini boleh berubah dengan sendiri. Kualiti sesuatu protein dalam makanan ternakan bukan ruminan sangat bergantung kepada kandungan asid amino perlu. |
reoder level | tahap pesan semula | Pentadbiran | Tiada | Tahap inventori yang memerlukan pesanan baharu yang perlu dibuat. |
draft | gubal; draf; lunas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 4. Hasil kerja permulaan dalam penaipan yang mungkin memerlukan perubahan yang perlu ditaip berulang kali sebelum diterima. |
architectural setting | set seni bina | Kesenian | Drama dan Teater | Binaan set dalam sesebuah drama yang memperlihatkan taraf atau martabat sesuatu watak. Contohnya, watak raja memerlukan binaan set istana, manakala watak banduan pula memerlukan binaan set penjara. Set seni bina perlu digubah sedemikian supaya menampilkan binaan yang menepati realiti. |
usury goods | barang ribawi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang memerlukan kaedah urus niaga khas untuk mengelakkan berlakunya riba. Barang tersebut ialah emas, perak, kurma, garam, gandum dan barli. Pertukaran yang melibatkan barang yang sejenis perlu memenuhi syarat, seperti kesamaan berat dan ukuran, dan pertukaran serentak. Contohnya, emas dengan emas atau kurma dengan kurma. Pertukaran yang melibatkan barang ribawi yang berlainan jenis pula hanya perlu ditukar secara serentak. Contohnya, emas dengan perak atau gandum dengan barli. Barang-barang lain yang mempunyai ‘illah atau ciri-ciri barang ribawi boleh juga dikategorikan sebagai barang ribawi seperti beras. |
information hiding | penyorokan maklumat | Komputer | Tiada | Aplikasi yang cuma memerlukan pengetahuan asas tentang cara memberi nilai awal dan menapai komponen, tetapi tidak perlu mengetahui cara komponen itu dilaksanakan. |
information hiding | penyorokan maklumat | Matematik | Tiada | Aplikasi yang cuma memerlukan pengetahuan asas tentang cara memberi nilai awal dan menapai komponen, tetapi tidak perlu mengetahui cara komponen itu dilaksanakan. |
one way cryptography | kriptografi satu hala | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Algoritma penyulitan yang digunakan apabila suatu data pengesahan perlu disimpan dan pengguna sistem memerlukan keyakinan bahawa data berkenaan tidak mungkin didedahkan. Data yang disulitkan dengan kaedah ini tidak boleh disongsangkan semula ke bentuk asal. Hanya nilai selepas penyulitan sahaja yang disimpan, iaitu teks sifer. Hasil ini berguna dalam perbandingan identiti pengguna. Contohnya, kata laluan yang diinput oleh pengguna semasa proses log masuk akan disulitkan dengan menggunakan kaedah kriptografi satu hala. Sekiranya nilai teks sifer yang dihasilkan oleh data yang diinput oleh pengguna sama dengan nilai teks sifer yang disimpan dalam cakera, maka sistem komputer menganggap kata laluan asal juga adalah sama. |
maintenance requirement | keperluan pengekalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nilai minimum yang perlu ada bagi sesuatu akaun margin. Sekiranya nilai ini kurang daripada nilai minimum disebabkan oleh kejatuhan harga sekuriti dalam akaun margin ini, panggilan margin akan dibuat yang memerlukan deposit atau cagaran tambahan. |
rocket engine | enjin roket | Kejuruteraan | Tiada | Enjin tindak balas yang mengandungi, atau membawa bersama-samanya, semua bahan yang perlu untuk operasinya atau untuk penggunaan atau pembakaran bahan apinya, dan tidak memerlukan pengambilan bahan dari luar dan, dengan sebab itu, dapat beroperasi di angkasa lepas. |