Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlulah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressuretekananSukanTiadaPasukan penyerang yang menguasai bola perlulah menggunakan taktik dan strategi tertentu terhadap pasukan bertahan untuk penyerangan yang lebih berkesan.
pregnancykebuntinganVeterinarTiadaKeadaan ibu haiwan yang membawa janin di dalam kandungannya. Dalam keadaan ini, haiwan perlulah diberi makanan yang berkualiti tinggi. Jangka masa kebuntingan biasanya berbeza mengikut baka dan jenis haiwan. Haiwan yang sedang bunting biasanya diberi makanan berserabut tinggi bagi mengelakkan daripada menjadi terlalu gemuk kerana boleh merumitkan proses beranak. Tempoh purata kebuntingan bagi lembu ialah 283 hari, kambing dan biri-biri 150 hari, babi 114 hari, arnab 32 hari dan kuda 340 hari.
slender columntiang langsingKejuruteraanKejuruteraan BangunanTiang yang mempunyai nisbah kelangsingan, 1/h melebihi 12. Dengan demikian keupayaannya menggalas beban perlulah dikurangkan.
expressionekspresiKesenianDrama dan TeaterDaya penyampaian yang memberikan kualiti kepada sesuatu persembahan seperti dalam persembahan permainan muzik, lakonan, bahkan tarian. Kualiti yang dimaksudkan itu perlulah menepati nada dan emosi yang dikehendaki.
wiringpendawaianTeknikElektrikPemasangan perkakas elektrik yang melibatkan penyambungan alat tambah, pemasangan dawai lampu atau dawai pembekal kuasa untuk membawa tenaga elektrik dari satu tempat ke satu tempat. Pemasangan ini perlulah mematuhi peraturan tertentu agar selamat digunakan. Pendawaian dapat dikelaskan mengikut tempat pemasangan, seperti dalam bangunan, luar bangunan, dalam tanah, dan dalam laut; atau mengikut cara pemasangan, seperti pendawaian pembuluh dan permukaan; dan jenis kabel yang digunakan, seperti kabel PVC.
distributed learningdistribusi pembelajaranPsikologiPsikologi UmumSatu teknik pembelajaran yang diutarakan oleh Hull yang menggunakan amalan berselang. Teknik ini berlawanan dengan teknik pembelajaran mampatan. Prestasi individu yang mengulang kaji bahan pembelajaran dengan selang masa yang panjang akan lebih baik daripada individu yang memampatkan masa pembelajarannya kerana teknik ini meningkatkan daya ingatan jangka panjang. Contohnya, pelajar yang menggunakan teknik ulang kaji ini, boleh menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Oleh itu, sebarang peperiksaan perlulah diadakan selepas cuti rehat kerana kesan selangan ke atas ulang kaji boleh meningkatkan prestasi individu.

Kembali ke atas