Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer gamespermainan komputerTeknologi MaklumatTiadaPerisian komputer yang direka bentuk untuk tujuan permainan. Pengguna yang menggunakan perisian ini akan bermain dengan komputer atau pengguna lain. Terdapat pelbagai jenis permainan komputer seperti permainan strategi, solitaire, catur dan simulasi peperangan. Peranti input yang digunakan dalam permainan komputer adalah seperti papan kekunci, tetikus atau kayu ria .

papan matapapan mataSukanTiadaPapan tulis untuk memaparkan nama pasukan dan mata permainan.
spritepeperiTeknologi MaklumatTiadaImej grafik kecil pada skrin komputer yang boleh digerakkan oleh tetikus dengan bebas atau menerima perintah daripada papan kekunci. Misalnya dalam keadaan biasa, peperi adalah kursor yang boleh berubah bentuk. Dalam permainan video/komputer, peperi adalah bentuk atau simbol dua dimensi yang mewakili objek tertentu dalam permainan seperti kapal terbang, misil (peluru berpandu) atau orang.

raminraminPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Gongstylus spp. daripada famili Gonystylaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah dara eluk, melawis, pinag baik, dan pinag muda. Spesies utamanya Gonystylus affinis dan G. bancanus.. Gubal kayu ramin biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning susu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, mengering dengan perlahan serta mengalami cacat retak. Ketahanan semula jadinya rendah tetapi mudah diawet. Kayu ramin terkenal sebagai kayu untuk kerja tanggaman untuk perabot, panel, papan lukisan, barang permainan, venir, dan papan lapis.
jelutungjelutungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dyera spp. daripada famili Apocynaceae. Spesies utamanya yang menghasilkan kayu termasuk Dyera costulata dan D. polyphylla. Gubal kayu jelutung sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna putih kekuningan dan warna jerami. Kayu ini mempunyai sel parenkima yang masih aktif di kawasan empulur, dan mempercayai tidak mempunyai teras kayu yang sebenar. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jelutung mudah diawet, mempunyai sifat pengeringan yang baik, tetapi terdedah kepada serangan kulat pewarna dan kumbang bubuk. Kayu ini digunakan terutamanya untuk ukiran, bangkai gambar, papan lukisan, alat permainan, dan pensel kayu.
sesenduksesendukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Endospermum spp.. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah incung perlis, membulan, dan senduk-senduk, di Sabah ialah senduk atau senduk-senduk, dan di Sarawak ialah ekor belangkas dan terbulan. Spesies utama kayu ini termasuk Endospermum malaccense dan E. peltatum. Gubal kayu sesenduk sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah ketika basah dan berubah menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 655 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan, dikeringkan dan diawet, tetapi tidak tahan. Kayu sesenduk ini lembut dan sesuai untuk anak mancis, papan lukisan, dulang, barang permainan kayu, kotak, dan penyepit makanan.

Kembali ke atas