Delphi technique | teknik Delphi | Pengurusan | Perancangan | Kaedah pembuatan keputusan yang melibatkan pengumpulan dan perumusan pandangan daripada sekumpulan pakar tentang sesuatu permasalahan. Teknik Delphi bertujuan untuk mendapatkan pelbagai perspektif pandangan pakar secara objektif dan tanpa pengaruh pihak lain terhadap sesuatu permasalahan atau situasi yang berlaku. Teknik ini melibatkan satu program terancang dan tersusun yang dibentuk bagi membolehkan semua pakar terpilih diberikan soalan yang sama, tetapi secara berasingan dan berurutan (lazimnya melalui soal selidik). Pada akhir setiap kitaran soalan itu, semua pakar dimaklumkan tentang dapatan daripada pandangan pakar lain bagi soalan kitaran terdahulu, tanpa didedahkan individu yang memberikan setiap pandangan tersebut. |
problemation | permasalahan | Sains Politik | Tiada | Tiada |
problemation | permasalahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
plebiscite | ketentuansuara | Sejarah | Tiada | Sistem pemerintahan yang menentukan sebarang permasalahan yang dikemukakan diputuskan oleh pungutan suara secara nasional, tidak melalui perwakilan di sidang parlimen. |
problem play | lakon masalah | Kesusasteraan | Tiada | Drama serius yang menggambarkan permasalahan dalam kehidupan manusia. |
problem play | drama masalah | Kesusasteraan | Tiada | Drama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan. |
Born approximation | penghampiran Born | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah untuk mengira keratan rentas permasalahan serakan. |
design thinking | pemikiran reka bentuk | Pendidikan | Tiada | Satu kaedah pemikiran yang kreatif untuk menyelesaikan suatu permasalahan tidak kira segi produktiviti, staf, organisasi atau peribadi. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput |
primacy of reason | keutuhan pemikiran | Sejarah | Tiada | Keutamaan yang diberikan kepada ketaakulan dalam menghuraikan sesuatu pemikiran atau permasalahan. |