Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peroi (adjektif)
Bersinonim dengan gembur, pecah-pecah, berderau, berderai-derai, berbiji-biji, berbutir-butir, seroi;,
Kata Terbitan : memeroikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
earthbumi; tanahGeografiTiada1. Tanah: Lapisan bahan peroi berbeza dengan batuan yang lebih pejal.
colluviumkoluviumGeologiTiada1. Serpihan batuan dan/atau bahan tanih yang tak koheren, heterogen, dan peroi yang dimendapkan oleh limbangan hujan, limbangan lembar, atau rayapan yang menuruni cerun dengan perlahan dan berterusan, biasanya terkumpul di dasar cerun landai atau di tepi bukit.,2. Aluvium yang dimendapkan oleh larian permukaan tak pekat atau hakisan lembar, biasanya di dasar cerun.
napier grassrumput gajahVeterinarTiadaRumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum.
driven wellperigi pasakHidrogeologiTiadaPerigi yang dibuat dengan mengasakkan paip bersambung ke akuifer dalam bahan peroi. Garis pusat paip biasanya antara 1� hingga 2� inci dan jarang sekali melebihi ukuran ini. Pada umumnya perigi ini mempunyai kedalaman hanya beberapa puluh kaki dan jarang sekali melebihi 100 kaki. Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: perigi asak, perigi Abyssinia
siltlodakHidrologiTiada(1) Bahan tanih tak organik yang halus dan berbutir dan dikelaskan mengikut tekstur tanih dan pisahan tanih, misalnya mengikut Persatuan Sains Tanih Antarabangsa bahan yang bergaris pusat antara 0.02 mm dan 0.002 mm atau mengikut Biro Tanih Amerika Syarikat bahan yang bergaris pusat antara 0.5 mm dan 0.005 mm. (2) Endapan peroi yang tergolong dalam pecahan terhalus, kebanyakan zarahnya adalah lebih kecil daripada pasir dan lebih besar daripada zarah lempung. (GG)

Kembali ke atas