acre | ekar | Matematik | Tiada | Unit ukuran luas dalam sistem British yang bersamaan dengan 4840 ela persegi; 1 ekar ≃ 0.4047 hektar. |
cable size | saiz kabel | Teknik | Elektrik | Ukuran luas muka keratan rentas pengalir dalam kabel, biasanya dinyatakan dalam milimeter persegi atau dinyatakan dengan bilangan lembar dan diameter setiap lembar. Misalnya, kabel-kabel PVC 1.0 mm2 menyamai 1/1.13, iaitu 1 ialah bilangan pengalir dan 1.13 ialah diameter setiap dawai. |
candela | kandela | Fizik | Optik | Unit SI (metrik) bagi keamatan berluminositi kandela bersamaan dengan 1/600.00 meter persegi daripada jasad hitam pada suhu beku platinum di bawah tekanan 101325n meter persegi. lilin baru. |
phot | fot | Fizik | Optik | Unit kecahayaan iaitu kecahayaan permukaan dengan keluasan 1 sentimeter persegi, dan pada permukaan tersebut terdapat fluks berluminositi 1 lumen. sentimeter kandela. |
colorado pan | kancah colorado | Hidrologi | Tiada | Jenis kancah sejatan yang luasnya lebih kurang 1 meter persegi dan dalamnya 45 cm. Kancah ini dibenam ke bumi sedalam 40 cm dan paras airnya dikawal agar sama dengan paras bumi. |
lux | luks | Fizik | Optik | Unit SI bagi pencahayaan, iaitu pencahayaan seragam satu lumen ke atas permukaan 1 meter persegi. |
reyn | reyn | Fizik | Mekanik | Unit kelikatan dinamik bendalir. 1 reyn bersamaan dengan daya 1 poundal per kaki persegi yang menentang aliran dua lapisan bendalir yang selari apabila halaju perbezaannya 1 kaki per saat bagi setiap jarak pemisahan 1 kaki. |
Sabin | Sabin | Fizik | Akustik | Unit bagi penyerapan akustik yang bersamaan dengan serapan penuh gelombang bunyi oleh tingkap terbuka yang luasnya 1 kaki persegi. |
trench | petak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu kawasan empat persegi yang dibuat untuk mendapatkan maklumat dan data arkeologi. Besar dan luas petak adalah pelbagai saiz seperti 2 meter x 2 meter, 2 meter x 1 meter, 1 meter x 1 meter dan 3 meter x 2 meter. Petak akan digali selepas semua persiapan telah dibuat seperti membuat pancang, mengikat tali dan mengambil gambar. Kedalaman penggalian petak bergantung pada tujuan, penemuan tanah asal atau batu dasar. |
foot-candle | kaki-lilin | Fizik | Optik | 1 Unit pencahayaan bersamaan dengan pencahayaan seragam ke atas permukaan satu kaki persegi oleh fluks berluminositi 1 lumen. 2. Pencahayaan ke atas semua titik pada permukaan yang berjarak satu kaki dari satu sumber titik seragam berkeamatan 1 kandela. |