border dispute | pertikaian sempadan | Undang-undang | Tiada | Persengketaan dan/atau perbalahan mengenai sempadan. |
dissension | perselisihan; percanggahan | Sejarah | Tiada | Perselisihan, pertelingkahan, persengketaan atau percanggahan antara dua pihak biasanya antara dua parti politik dalam sesebuah pilihanraya atau doktrin agama. |
dissidence | telagahan | Sejarah | Tiada | Perselisihan, pertelingkahan atau persengketaan antara dua pihak biasanya antara dua parti politik dalam sesebuah pilihanraya. |
breakdown of marriage | keretakan perkahwinan | Undang-undang | Tiada | Perselisihan, persengketaan, kepincangan yang berlaku di antara suami isteri yang menjejaskan keharmonian atau kebahagian hidup perkahwinan mereka. |
armed conflict | konflik bersenjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persengketaan yang melibatkan penggunaan senjata, sama ada bersifat domestik atau antarabangsa. Konflik bersenjata domestik berlaku antara pihak dalam sesebuah negara atas sebab perbezaan agama, ideologi dan etnik. Konflik bersenjata antarabangsa pula berlaku antara dua atau lebih negara. Konflik bersenjata domestik boleh bertukar menjadi perang saudara sekiranya pihak-pihak yang bersenjata menguasai wilayah tertentu. Dalam keadaan ini, mereka telah menjadi pihak yang berperang dan boleh diberikan hak dan dikenakan tanggungjawab oleh undang-undang antarabangsa. |
disputant | penikai | Sejarah | Tiada | Orang yang bertarung, berdebat atau berhujah dalam satu perbahasan atau persengketaan. |
disputed territory | wilayah sengketa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kawasan yang dituntut oleh dua atau lebih negara. Negara yang menuntut lazimnya tidak mempunyai kedaulatan yang jelas terhadap wilayah ini. Persengketaan berebut wilayah pernah membawa kepada penggunaan kekerasan seperti Peperangan Falkland tetapi mengikut undang-undang antarabangsa, ia hendaklah diselesaikan secara aman seperti kes Batu Putih. Contoh lain ialah Kepulauan Spratly yang dituntut oleh Brunei, Filipina, Malaysia, Republik China (Taiwan), Republik Rakyat China dan Vietnam. |
legitimate means | cara sah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cara yang menurut peruntukan undang-undang dan peraturan. Sesuatu norma atau susunan sesuatu institusi diterima sebagai sah jika ia mendapat kelulusan daripada sesuatu komuniti. Cara sah sering dikaitkan dengan demokrasi, keadilan atau pentadbiran yang baik. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, cara sah adalah apabila sesebuah komuniti, seperti mana-mana kesatuan serantau misalnya Kesatuan Eropah atau ASEAN menerima sesuatu amalan itu sebagai sesuatu yang sah. Contohnya, suatu perjanjian yang menetapkan sekiranya terdapat persengketaan antara pihak yang terlibat berkaitan maksud peruntukan dalam sesuatu perjanjian, maka pihak-pihak bersengketa tersebut hendaklah membawa persengketaan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan. Dalam hal ini, sekiranya kedua-dua pihak bersengketa membawa kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, maka hal itu bererti mereka telah menggunakan cara sah untuk menyelesaikan persengketaan. Sebaliknya, sekiranya salah satu pihak bersengketa |
civilian population | penduduk awam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Golongan yang tidak boleh turut serta dalam pertempuran dan tidak boleh dijadikan sasaran atau objek kekerasan. Dalam situasi perang, penduduk awam harus dilindungi daripada tindakan-tindakan peperangan kerana mereka tidak terlibat dalam persengketaan yang berlaku antara pihak berperang. Serangan yang dilakukan terhadap penduduk awam boleh dianggap sebagai telah melakukan kejahatan perang sebagaimana yang terkandung dalam Konvensyen Geneva IV 1949. |
good office | jasa baik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa secara aman yang diusahakan oleh pihak ketiga, sama ada negara, pertubuhan antarabangsa atau individu terkemuka dengan mengajak negara-negara yang bertelingkah untuk berunding. Peranan pihak ketiga dalam penyelesaian suatu sengketa boleh juga berlaku atas permintaan pihak-pihak yang bersengketa atau atas inisiatif pihak ketiga tersebut menawarkan jasa baiknya untuk menyelesaikan sengketa. Jasa baik merupakan salah satu kaedah penyelesaian persengketaan antarabangsa secara damai berbanding dengan kaedah secara paksa atau kekerasan. Kaedah ini terkandung dalam Konvensyen The Hague 1899 dan 1907 tentang penyelesaian secara aman sengketa-sengketa antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memberikan acuan cara-cara penyelesaian persengketaan antarabangsa. |