convention | konvensyen; persetujuan | Sejarah | Tiada | 1. Konvensyen: Perhimpunan yang terdiri dari ahli atau wakil pertubuhan politik atau persatuan untuk membincangkan sesuatu hal. 2. Persetujuan: Persetujuan antara dua pihak yang menentukan peraturan sama ada dalam hal-hal hak cipta, kontrak atau perlakuan perang. |
bai‘ mauquf | jual beli dengan persetujuan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang bergantung pada persetujuan daripada pemilik barang. Sekiranya dilakukan tanpa persetujuan, jual beli ini dikenali sebagai jual beli fuduli. Contohnya, menjual sebuah kenderaan yang tidak mendapat persetujuan pemilik asal. Apabila mendapat persetujuan, bai‘ mauquf menjadi jual beli yang sah mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, jual beli barang tanpa persetujuan pemilik adalah terbatal walaupun kemudian mendapat persetujuan pemilik. Sinonim mauquf. |
armistice | armistis | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata. |
taradiy | saling reda | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Persetujuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu akad. 2. Persetujuan pihak berakad tanpa sebarang unsur paksaan atau penipuan, salah nyata dan salah anggap. Taradiy merupakan manifestasi persetujuan antara pihak yang berkontrak seperti akad jual beli, sewa dan hadiah. Akad yang terbukti wujud unsur yang menjejaskan persetujuan seperti salah nyata boleh menyebabkan akad asal terbatal. |
common consent | persetujuan umum | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang. |
Brest-Litwosk Peace Agreement) | Persetujuan Damai Brest-Litwosk | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles. |
treaty | perjanjian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan bertulis yang ditandatangani oleh dua pihak atau lebih. Persetujuan bertulis ini untuk mengikat pihak yang menandatangani dokumen perjanjian dan mereka dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa untuk mematuhi segala perkara yang telah dimeterai. Persetujuan ini merangkumi aspek seperti ekonomi, kebudayaan, pendidikan, politik, sosial dan diplomasi. Contohnya, Perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824. |
concensus | persetujuan | Sejarah | Tiada | Persetujuan yang dicapai secara sebulat suara dalam sesuatu perjumpaan, perhimpunan dan perbincangan |
agreement | perjanjian; persetujuan | Pentadbiran | Tiada | Persetujuan bertulis atau lisan yang dibuat antara dua atau lebih pihak mengenai sesuatu tawaran berdasarkan syarat-syarat yang digariskan. |
agreement | perjanjian; persetujuan | Ekonomi | Tiada | Persetujuan bertulis atau lisan yang dibuat antara dua atau lebih pihak mengenai sesuatu tawaran berdasarkan syarat-syarat yang digariskan. |