Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.na.non.gra.ta] | ڤرسونا

Definisi : (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lama­nya setelah didapati bersalah melakukan ke­salahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persona non grata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persona non gratapersona non grataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang asing yang tidak dialu-alukan daripada memasuki sesebuah negara atau kekal berada di dalam sesebuah negara. Sesebuah negara boleh mengisytiharkan seseorang diplomat asing sebagai persona non grata, sebagai satu kaedah teguran paling serius kepada diplomat asing yang dilindungi oleh kekebalan dan ketakbolehcabulan daripada tangkapan dan pendakwaan. Pengisytiharan persona non grata biasanya disebabkan oleh diplomat tersebut didapati terlibat dalam kegiatan mengintip, cubaan menggulingkan kerajaan atau mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Pengisytiharan penolakan ini terkandung dalam Perkara 32 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 yang menyatakan bahawa negara penerima berhak untuk tidak menyatakan alasan atas pengisytiharan persona non grata tersebut. Contohnya, pada tahun 2011, pemerintah Kuwait telah mengumumkan sejumlah diplomat Iran sebagai persona non grata atas tuduhan melakukan intipan, yang menyebabkan mereka diusir dari Kuwait.
persona non gratapersona non grataSejarahTiadaOrang yang tidak boleh diterima khususnya seorang diplomat yang tidak diterima oleh kerajaan negara asing tempat beliau ditugaskan.

Kembali ke atas