Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.spék.tif] | ڤرسڤيکتيف

Definisi : (perspéktif) 1. cara pelukisan (peng­gambaran) sesuatu benda dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hu­bungan keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perspektif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linear perspectiveperspektif linearKesenianTiadaPerspektif yang menggunakan garisan.
two-point perspectiveperspektif dua sudutKesenianTiadaTeknik perspektif yang menggunakan dua titik pertemuan.
perspective planesatah perspektifMatematikTiadaSatah yang mempunyai pusat perspektif.
angular perspective drawinglukisan perspektif berpenjuruKesenianTiadaLukisan yang menggunakan perspektif bersudut.
perspective drawinglukisan perspektifKesenianTiadaLukisan benda tiga dimensi dalam ruang permukaan dua dimensi dengan kaedah sistematik perspektif linear yang berdasarkan geometri.
news anglesudut beritaKomunikasiKorporatPerspektif yang digunakan oleh penulis untuk menyediakan sesebuah berita. Sesuatu kejadian yang berlaku boleh diangkat menjadi berita dan ditulis mengikut perspektif yang sesuai dengan format serta dasar sesebuah stesen penyiaran atau syarikat penerbitan. Sekiranya rancangan berita itu berorientasikan hiburan, maka berita yang ditulis akan menonjolkan aspek hiburan. Sekiranya berita ditulis untuk segmen ekonomi, maka berita tersebut akan memberikan tumpuan kepada unsur ekonomi. Bagi berita yang disediakan sebagai kenyataan atau siaran akhbar oleh bahagian perhubungan awam sesebuah organisasi, biasanya pendirian organisasi diambil kira dalam penulisan berita tersebut. Keutamaan perspektif berita ditumpukan kepada operasi atau kegiatan utama organisasi yang berorientasikan industri telekomunikasi berkenaan.
phallocentrismfalosentrismeKesusasteraanTiadaKecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi.
graphicalperspektif (grafik)KesenianSeni BinaTeknik lukisan tiga dimensi (3D) sesebuah bangunan, ruang atau struktur seni bina yang mewakili imej yang akan dilihat oleh mata pada jarak atau pandangan tertentu. Perspektif dalam seni grafik merupakan anggaran perwakilan imej 3D yang dilihat oleh mata pada permukaan seperti pandangan mata burung, pandangan mata cacing dan pandangan mata manusia.
program logical viewpandangan logik atur caraTeknologi MaklumatPerisianPerspektif yang menggambarkan aliran logik suatu atur cara yang dibangunkan dengan menggunakan carta alir. Melalui perspektif ini, pembangun atur cara dapat memahami pembangunan sesebuah atur cara. Oleh itu, pembaikan dan pengubahsuaian atur cara dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Pembangun atur cara dapat menulis kod atur cara berdasarkan aliran logik dengan jelas.
anaglyphanaglifFizikNanoteknologiGambar bergerak atau pegun bagi objek yang mempunyai dua perspektif yang hampir berbeza warna dan bersuperposisi antara satu dengan lain. Gambar berbentuk tiga dimensi akan terhasil apabila dipandang melalui dua penuras warna yang berpadanan dengan perspektif tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas