adversary politics | politik pertentangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan politik yang wujud antara dua pihak atau lebih berhubung sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Pertentangan ini bersifat sementara dan boleh wujud antara individu, parti politik dan juga negara. Politik ini dikembangkan oleh S.E. Fine rpada tahun l970. Di Malaysia, pertentangan politik dapat dilihat semasa penubuhan Malaysia yang melibatkan penyertaan Sabah dan Sarawak yang mengakibatkan konflik antara Malaysia dan Indonesia. |
conflict | konflik | Kesusasteraan | Tiada | Pertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �pergaduhan atau pertembungan�. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik. |
conflict | konflik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan secara sedar dan langsung antara individu atau kelompok kerana sesuatu kepentingan. Pertentangan melahirkan sifat permusuhan dan segala usaha dibuat untuk mengatasi pihak lawan. Pendekatan ini melihat masyarakat sebagai sarat dengan konfIik dan ia bukan sahaja merupakan satu ciri normal sebaliknya boleh membawa perubahan dan pembangunan kepada masyarakat. Ketiadaan konfIik hanya menjadikan masyarakat statik dan mundur. Dalam konteks politik pula, konflik sering melibatkan persaingan merebut kuasa dan kejayaan menjatuhkan lawan. Secara amnya konflik dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu pertikaian, ketegangan, krisis dan peperangan. Pertikaian merupakan tahap konflik permulaan yang masih belum serius. Kegagalan menyelesaikan pertikaian akan mewujudkan keadaan ketegangan yang menimbulkan tindakan berhati-hati di kedua-dua belah pihak. Krisis pula merupakan tahap konflik yang lebih serius walaupun masih tidak melibatkan persentuhan fizikal. Peperangan merupakan kemuncak kepada konflik yang mel |
racial conflict | konflik ras | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan yang melibatkan kaum atau ras yang berbeza. Pertentangan ini boleh berlaku dalam bentuk kekerasan atau tanpa keganasan. Konflik ini boleh juga tercetus kerana prasangka yang serius, ketidakseimbangan ekonomi, perebutan kuasa politik, faktor primordial seperti bahasa, agama, warna kulit, budaya dan didalangi oleh pihak lain. Konflik ini boleh berlaku melalui penglibatan kerajaan atau bebas daripada campur tangan mereka dan boleh juga menyebabkan korban yang banyak seperti yang berlaku di Yugoslavia pada tahun 1992-1995. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berl |
tension | ketegangan | Kesusasteraan | Tiada | Konflik yang terhasil apabila perkara yang bertentangan hadir secara serentak, diseimbangkan dan dimanfaatkan secara harmonis dalam karya sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Contohnya persoalan konkrit dan abstrak, umum dan khusus, berirama dan tidak berirama, serta tersurat dan tersirat. Istilah ini digunakan oleh penulis Amerika, Allen Tate dalam tulisannya �Tension In Poetry� dalam buku bertajuk On The Limits of Poetry. Karya ini merupakan karya yang disenangi oleh golongan pengkritik. |
class conflict | konflik kelas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas. |
political conflict | konflik politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertentangan politik antara individu, kelompok atau organisasi kerana kepentingan yang berbeza. Konflik boleh meletus apabila wujud perselisihan yang tidak dapat dibendung berkembang menjadi konflik yang lebih serius. Konflik pada peringkat krisis hanya melibatkan berbalas kenyataan dan tindakan memboikot. Namun apabila keadaan ini tidak berubah, konflik boleh menjadi lebih besar dan serius kepada peperangan atau konflik terbuka. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan konflik seperti perebutan sumber yang terhad, perbezaan etnik dan kelas serta faktor ideologi. Namun rata-rata kesemua asas konflik ini dapat dirumus sebagai pertentangan kepentingan. |
opposition | pertentangan | Linguistik | Tiada | Tiada |
regional contrast | pertentangan kawasan | Geografi | Tiada | Tiada |