ectoparasite | ektoparasit | Biologi | Entomologi | Parasit yang hidup di luar perumahnya atau dekat dengan mulut atau rectum perumahnya. Parasit ini termasuklah kutu penghisap (Anoplura), pinjal (Siphonaptera), lalat kutu (Hippoboscidae), dan kepinding (Hemiptera), yang mempunyai bahagian bahagian mulut untuk menikam dan menghisap darah. Parasit ini juga menggigit kebanyakan spesies serangga yang tidak menghisap darah, seperti kutu penggigit (Malophaga) yang memakan bulu, bulu pelepah, dan lain-lain. Kebanyakan spesies ektoparasit mempunyai perumah khusus dan biasanya tidak dapat hidup pada spesies perumah lain. |
bedbug | pijat | Biologi | Entomologi | Serangga ektoparasit dalam order Hemiptera, yang hidup pada perumahnya secara sekejap-sekejap dan menghisap darah perumahnya dari semasa ke semasa. Serangga ini mempunyai bentuk badan yang pipih dan tidak bersayap. |
brand fungus | kulat rentung | Biologi | Mikologi | Nama am bagi kulat smut yang menyebabkan penyakit pada perumahnya, terutama bijirin, yang ditunjukkan oleh gejala berupa kesan terbakar atau kesan melecur pada perumahnya. Kulat ini menghasilkan spora rentung. |
thryptophyte | triptofit | Biologi | Mikologi | Kulat yang menyerang perumahnya dengan cara mengubah atau melembutkan tisu perumah, tetapi tidak sampai membunuh perumah berkenaan. Walau bagaimanapun, tisu yang diserang tersebut akhirnya akan mati oleh serangan agen lain. triptogen. |
centrifugal replacement | penggantian emparan | Geologi | Tiada | Penggantian mineral yang mineral perumahnya digantikan dari pusatnya ke luar. |
centripetal replacement | penggantian memusat | Geologi | Tiada | Penggantian mineral yang mineral perumahnya digantikan dari periferinya ke dalam. |
parasitoid | parasitoid | Biologi | Entomologi | Larva parasit Hymenoptera yang pada akhirnya membunuh perumahnya dan keluar menjadi pupa. |
burrowing nematode | nematod pengorek | Biologi | Patologi | Nematod yang masuk ke dalam perumahnya dengan cara mengorek menggunakan stiletnya. Biasanya lubang korekan ini digunakan oleh patogen lain untuk masuk ke dalam perumah tersebut. |
isolation | pemencilan | Biologi | Patologi | Pengasingan mikroorganisma yang diduga menyebabkan penyakit daripada perumahnya. Dalam patologi tumbuhan, kaedah ini meliputi pensterilan permukaan bahagian perumah yang terjangkit dan menumbuhkan mikroorganisma yang menyebabkannya pada medium tertentu. |
ectoparasite | ektoparasit | Perubatan | Tiada | Parasit yang hidup pada permukaan luar tubuh perumahnya, misalnya kutu kepala (Pediculus humanus capitis) dan kutu kemaluan (Pthirus pubis). |