[pe.run.da.ngan]/[per.un.da.ngan] | ڤراوندڠن
Definisi : 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.run.da.ngan]/[per.un.da.ngan] | ڤراوندڠن
Definisi : hal mengenai undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)