terms | terma | Undang-undang | Tiada | 1. Peruntukan yang terkandung dalam sesuatu kontrak. 2. Perkara yang kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan. |
Article | Perkara | Undang-undang | Tiada | 1. Sebutan tentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan 2. Sebutan tentang sesuatu peruntukan dalam dokumen tertentu, contohnya Memorandum Persefahaman. |
return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
return of premium | pulangan premium | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. |
allowances | elaun | Ekonomi | Tiada | 1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan. |
authorised persons | 1. orang diberi kuasa 2. orang dibenarkan | Undang-undang | Tiada | 1. Orang yang diberi hak untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. 2. Orang yang dibolehkan membuat sesuatu untuk dirinya. |
review | kajian semula | Undang-undang | Tiada | 1. Proses meneliti semula persempadanan kawasan pilihan raya seperti yang terdapat dalam peruntukan Perlembagaan. 2. Proses memeriksa semula sesuatu keputusan contohnya keputusan mahkamah, lembaga penyiasatan dan sebagainya. |
cooling-off period | tempoh bertenang | Ekonomi | Tiada | 1. Jangka waktu bagi melewatkan mogok atau lain-lain tindakan perusahaan seperti dalam peruntukan undang-undang buruh. |
local plan | rancangan tempatan; pelan tempatan | Sosiologi | Tiada | 1. Rancangan tempatan: Rancangan pembangunan terperinci yang disediakan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan tertentu. |
noon clause | fasal tengah hari | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan dalam kontrak insurans yang menyatakan bahawa perlindungan insurans mula berkuat kuasa pada jam 12.00 tengah hari di lokasi harta pihak yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, kini kebanyakan polisi insurans harta telah menggunakan waktu penguatkuasaan pada 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. |