Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : ark pilau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilu
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dysfunctional griefpilu melampauPerubatanTiadaPerasaan pilu atau sedih yang keterlaluan dan berpanjangan kerana kehilangan sesuatu. Keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
anticipatory griefpilu dugaPerubatanTiadaPerasaan sedih yang amat sangat yang ditanggung oleh pesakit atau keluarganya kerana akan kehilangan sesuatu. Contohnya kehilangan anggota badan atau menghadapi kematian.
lonelinesskesepianPerubatanTiadaPerasaan sedih dan pilu kerana kekurangan teman dan perhatian.
sadnesskesedihanPerubatanTiadaPerasaan muram dan pilu yang dirasai oleh pesakit akibat menderita sakit.
delayed griefkehibaan lewatGerontologiTiadaRasa sedih dan pilu yang lewat ditunjukkan, terutama akibat kematian seseorang.
taurigtaurigMuzikTiada

Gaya persembahan yang menggambarkan perasaan yang sedih dan pilu. Contohnya, dalam karya Lied Mein Herz ist traurig gramerfullt, Op. 2, No. 3 oleh Dvorak.

lacrimosolacrimosoMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan sedih dan pilu untuk menonjolkan perwatakan muzik yang murung dan duka. Sinonim lagrimando, lagrimoso.

mestomestoMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan sedih dan pilu. Mesto bia­sanya menggunakan tempo yang perlahan.

variantvarianKesusasteraanTiada1. Bacaan-bacaan yang berbeza dalam beberapa naskhah . Contoh: Selamat sempurna ratu kedua, Tidaklah ada kira-kira dan hawa, Sebarang perintah anakanda jua, dua buah negeri menteri punggawa. Tamatlah sudah Ken Tambuhan, Barang yang mendengar belas kasihan, Pilu bercampur dengan rawan, Air mata pun jatuh berhamburan. [Syair Ken Tambuhan hlm. 225]
leidleidMuzikTiada

 Gaya persembahan yang memaparkan sifat muzik yang sedih dan pilu. Leidvoll dan leidensvoll juga mempunyai makna yang sama dengan leid.


Kembali ke atas