Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.ta] | ڤينتا

Definisi : 1. minta, mohon: mengapa itu yg datuk ~?; ~lah yg lain; 2. permintaan, permohonan: perkenankan olehmu akan ~ hambamu; 3. nasib, untung malang; buruk ~ nasib yg buruk; singkat ~nya cepat sampai maut(nya); meminta 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; terpinta sudah ditakdirkan atau ditentukan; pintaan permintaan, permohonan, pinta; peminta nasib, untung malang, pinta; ®minta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.ta] | ڤينتا

Definisi : 1 sesuatu yg diharapkan utk diperoleh; permintaan: Demikianlah ~ patik kpd tuanku. 2 untung malang; nasib: buruk ~ buruk nasib; singkat ~ lekas menemui ajal. terpinta sudah ditentukan menurut takdir: Kalau malang juga ~, di akhirat saja kita bertemu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ancora (It)sorak pintaKesenianTiadaPermintaan mengulangi atau meneruskan persembahan.
encore (F)sorak pintaKesenianTiadaPermintaan mengulangi atau meneruskan persembahan.
demand oxygen systemsistem oksigen pintaKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSebarang sistem oksigen yang kadar penghantaran oksigennya ditentukan oleh keperluan pengguna individu.

Kembali ke atas