Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintas (kata kerja)
Bersinonim dengan hambat, kejar, buru;,
Kata Terbitan : sepintas lalu, memintas, memintasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shortpintasTeknikElektrikLihat litar pintas.
short circuitlitar pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerosakan dalam litar elektrik apabila arus mengalir melalui jalan terdekat atau jalan pintas untuk sampai ke bumi.
short circuit testujian litar pintasTeknikElektrik1. Ujian yang dilakukan pada peralatan suis untuk menentukan kadar keupayaan litar pintas. 2. Ujian yang dilakukan pada mesin elektrik dengan penghujung keluarannya dilitarpintaskan dan arus beban penuh dialirkan untuk menentukan ciri-ciri mesin tersebut.
bypass proteinprotein pintasVeterinarTiadaProtein khusus yang terlindung dan tidak bertindak balas sewaktu berada di dalam rumen. Walau bagaimanapun, pencernaannya berlaku dalam abomasum dan usus kecil. Bahan ini sesuai untuk ternakan ruminan yang membesar dengan cepat dan juga ternakan yang mempunyai tahap pengeluaran susu yang tinggi. Antara contoh protein pintas ialah mil ikan dan mil kacang soya yang dirawat dengan formaldehid. Sinonim protein terlindung.
backfirebakar pintas; sedakFizikTiadaTiada
shortcutjalan pintasGeografiTiadaTiada
backfirebakar pintas; sedakKejuruteraanTiadaTiada
cathode shortpintas katodKejuruteraanTiadaTiada
intercutsaling pintasKomunikasiTiadaTiada
counterfirebakar pintasPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas