archway | pintu gerbang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian yang memisahkan kawasan dalam dan luar sesebuah monumen atau kota. Pintu gerbang merupakan bahan utama untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Contohnya, Masjid Kampung Hulu (Melaka), di bahagian atas pintu gerbangnya terdapat beduk manakala di Kota Kuala Kedah (Kedah) pintu gerbang utamanya disebut Kacapuri. |
gateway | pintu gerbang | Kesenian | Seni Bina | Pintu masuk utama sesebuah kawasan, kompleks, bangunan atau bandar. Pintu ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang boleh dilalui dan dianggap sebagai mercu tanda sesuatu binaan. Pintu gerbang juga boleh berfungsi untuk menandakan sempadan sesuatu kawasan dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Contohnya, pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan. |
voussoir | vousoir | Kesenian | Tiada | Batu berbentuk baji yang digunakan untuk membentuk pintu gerbang. |
arcade | arked | Kesenian | Tiada | 4. Arked: Laluan di tepi bangunan yang mempunyai ulangan pintu gerbang. |
mounded form | bentuk timbun | Landskap | Tiada | Bentuk cembung yang menyerupai bukit seperti struktur pintu gerbang atau kubah. |
moongate | gerbang bulan | Landskap | Tiada | Pintu gerbang yang mempunyai bentuk melengkung seperti bentuk bulan. |
triumphal arch | gerbang kemenangan | Landskap | Tiada | Pintu gerbang yang dibina khas untuk memperingati sesuatu peristiwa atau tokoh. |
abutment | tembok landas | Kesenian | Seni Bina | Struktur penyokong atau penahan tujah yang berfungsi menstabilkan sesuatu struktur seperti pintu gerbang atau jambatan. Struktur ini juga digunakan sebagai penahan tujah yang berpermukaan condong untuk menahan daya tegangan bagi menstabilkan struktur konkrit prategangan. Sinonim tembok tumpuan. |
muqarnash | muqarnas | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pola hiasan yang terdapat pada bahagian dalam kubah, mihrab, pintu gerbang dan riwaq pada masjid. Pola hiasan ini berbentuk geometri atau relung-relung kecil yang bersambung atau bertindih antara satu sama lain dan dikenali juga sebagai sarang labah-labah. Contohnya, pola hiasan ini terdapat pada masjid di Isfahan, Iran dan alhambra, Grenada. |
architectonic design | reka bentuk arkitektonik | Landskap | Tiada | Gubahan landskap yang memberi tumpuan kepada seni bina struktur seperti wakaf, arca, pintu gerbang dan mercu tanda. |