pit pair | pasangan pit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Dua pit pelangkap yang terdapat pada dua sel yang bersebelahan. Terdapat berbagai-bagai jenis pasangan pit seperti pit ringkas, pit separuh berbibir, dan pit berbibir. |
pit | pit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bukaan kecil pada dinding sel sekunder yang mempunyai selaput penutup di bahagian luar, tetapi terbuka ke arah lumen di bahagian dalam. Komponen utama pit ialah rongga pit dan selaput pit. Pit penting untuk pengaliran dan pengangkutan bendalir sel dalam tumbuhan dan penting dalam pengecaman kayu. Lihat juga pasangan pit. |
blind pit | pit tunggal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit yang tidak mempunyai pasangannya dengan sel yang bersebelahan. Pit jenis ini terjadi pada sel-sel yang bersempadan dengan rongga antara sel. |
bordered pit | pit berbibir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit yang mempunayi selaput berbentuk bibir, yang terbentuk daripada unjuran kedua-dua dinding sel sekunder dua sel yang bersebelahan. Struktur ini penting dalam kejadian pit teraspirat. |
pit aperture | bukaan pit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian terbuka pada pit. Terdapat pelbagai jenis bukaan pit seperti bukaan pit bertaut. Bentuk bukaan pit penting dalam pengecaman kayu. |
pit canal | salur pit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Laluan dari lumen sel ke ruang pit berbibir. Pit ringkas pada dinding sel yang tebal sering mempunyai rongga yang emnyerupai saluran. |
gastric pit | pit gaster | Biologi | Histologi dan Sitologi | Pit pada dinding perut dalam yang bersambung dengan kelenjar gaster. |
ramiform pit | pit ramoform | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit ringkas yang rongga pitnya mempunyai saluran-saluran yang bergabung dan bercadang. |
simple pit | pit ringkas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit yang mempunyai bukaan yang boleh membesar atau mengecil semasa proses petumbuhan dinding sel ke arah rongga sel. |
vesrured pit | pit vestur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit berbibir yang rongganya dipenuhi atau separuh penuh dengan unjuran ketumbuhan yang terbentuk daripada dinding sel tertier. |