polio | polio | Perubatan | Tiada | Tiada |
polio | polio | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan polivirus pada saraf tunjang, yang seterusnya mengakibatkan keradangan jirim kelabu. |
Salk vaccine | vaksin Salk | Bioteknologi | Tiada | Vaksin polio yang disediakan daripada virus yang telah dinyahaktifkan dengan menggunakan formaldehid. Vaksin ini diberi secara suntikan. |
Sabin�s vaccine | vaksin Sabin | Perubatan | Tiada | Vaksin yang diberi secara oral, diperbuat daripada virus polio hidup yang diperlemah. |
poliovirus | poliovirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus yang memiliki asid nukleus RNA, berbentuk ikosahedron, tidak berselaput, berukuran lebih kurang 28 mu, dan boleh menyebabkan penyakit polio. |
poliomyelitis | poliomielitis | Umum | Tiada | Penyakit akut yang disebabkan oleh virus pada saraf tunjang sehingga memusnahkan neuron motor yang boleh menyebabkan individu susut badan, lumpuh dan kurang upaya. Penyakit ini juga dikenali dengan singkatan polio. |
attenuated vaccine | vaksin teratenuat | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Virus atau patogen hidup yang kehilangan kevirulenan, tetapi masih boleh merangsang sistem pertahanan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran antibodi sebagai persediaan terhadap jangkitan virus dan patogen yang berkaitan, pada masa hadapan. Vaksin teratenuat disediakan dengan mengkultur virus atau patogen hidup dalam keadaan suboptimum, seperti suhu tinggi. Contohnya, vaksin polio Sabin. |
health policy | dasar kesihatan | Pentadbiran | Tiada | Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway |
World Health Organization (WHO) | Pertubuhan Kesihatan Sedunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan sebagai satu agensi pengkhususan kesihatan PBB pada tahun 1948. Pertubuhan ini beribu pejabat di Geneva, namun operasinya dijalankan melalui beberapa jawatankuasa serantau dan di pejabat serantaunya. Banyak usaha telah dijalankan oleh pertubuhan ini untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaik kesihatan sedunia. Contohnya, kempen membasmi penyakit seperti malaria, batuk kering, cacar air, AI DS dan SAR S. Pertubuhan ini bergiat dalam program kajian bagi penyakit berkaitan jantung, barah, kebergantungan terhadap dadah dan kesihatan mental. Pertubuhan ini terlibat dalam program imunisasi kanak-kanak bagi penyakit seperti campak, batuk kering, tetanus dan polio. Selain itu, organisasi ini juga merupakan pusat maklumat dan penerbitan berkaitan kesihatan seperti statistik dan laporan kesihatan yang kemas kini, kajian, monograf, manual dan jurnal kesihatan. Sinonim WHO. |