interconnected pore | pori saling bersambungan | Kejuruteraan | Petroleum | Pori yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pori-pori jiran. Jika pori ini diisi dengan bendalir, bendalir tersebut dapat bergerak atau mengalir dari satu pori ke pori tersebut. Pori jenis ini sangat bererti dalam industri minyak kerana minyak yang dapat dikeluarkan ke permukaan wujud dalam pori ini. |
isolated pore | pori terpencil | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Pori yang wujud bersendirian, terpisah daripada pori-pori lain. pori seperti ini biasanya wujud dalam butiran dan boleh disebut sebagai pori jenis ia butiran. 2) Pori jenis saling bersambungan tetapi sangat kecil sehingga bendalir yang sedia terdapat di dalamnya tidak dapat bergerak disebabkan oleh tarikan daya rerambut. Oleh itu, walaupun pori ini bersambungan dengan pori jiran tetapi dari segi sifat pengaliran bendalir, kesannya sama dengan kesan yang diberikan oleh pori yang wujud bersendirian. |
cavernous formasi | formasi gegua | Kejuruteraan | Petroleum | Formasi yang mempunyai rongga kosong yang besar atau mempunyai pori-pori yang bersaiz besar. Rongga-rongga ini terbentuk akibat pelarutan oleh air formasi. Air formasi ini mungkin mengisi pori-pori dalam formasi tersebut. |
effective porosity | keporosan berkesan | Kejuruteraan | Petroleum | keporosan batuan/formasi yang diterbitkan oleh pori-pori yang saling bersambungan; tidak termasuk pori terpencil dan pori buntu. |
dead-end pore | pori buntu | Kejuruteraan | Petroleum | Pori berbentuk poket yang mempunyai salah satu daripada hujungnya bersambung dengan pori yang besar sementara hujungnya yang satu lagi tertutup atau tidak bersambung dengan pori-pori lain. hujung yang bersambungan itu menghala ke hulu arus, sementara hujung yang satu lagi menghala ke hilir arus. Bendalir yang terdapat dalam pori ini dianggap tidak bergerak. |
secondary porosity | keporosan sekunder | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: keporosan pospemendapan Keporosan batuan yang diterbitkan daripada pori-pori yang terbentuk selepas trbentuknya batuan sedimen yang bersangkutan. Pori ini adalah rongga baru yang terbentuk akibat daripada peretakan atau proses-proses kimia seperti pelarutan sebahagian daripada juzuk kandungan batuan. |
primary porosity | keporosan primer | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : keporosan pemendapan Keporosan batuan yang diterbitkan daripada pori-pori yang terbentuk secara semula jadi semasa terjadinya batuan sedimen yang bersangkutan. |
permeability | ketertelapan | Kejuruteraan | Petroleum | Satu ukuran mengenai betapa mudahnya sesuatu bahan mengalirkan bendalir menerusi rangkaian pori-pori yang saling bersambungan yang terdapat di dalam bahan tersebut. Unit yang umum digunakan adalah darcy atau milidarcy. |
surge loss | hilangan pusu | Kejuruteraan | Petroleum | Aliran bendalir berserta pepejal yang terjadi pada tahap awal penurasan bendalir penggerudian. Aliran ini terjadi sebelum pori-pori tersumbat dan sebelum terbentuknya kek turas. |
abnormal pressure | tekanan abnormal | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang tekanan pori yang berbeza daripada tekanan pori normal yang dijangkakan pada kedalaman tertentu. Tekanan pori normal bertambah lebih kurang 0.465 paun per inci persegi bagi setiap kaki kedalaman. |