progressive tax | cukai progresif | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif. |
progressive income tax | cukai pendapatan progresif | Ekonomi | Tiada | Lihat cukai progresif. |
progressive osteolysis | osteolisis progresif | Perubatan | Tiada | Penyakit yang jarang terjadi, bercirikan pengresoban tulang secara spontan dan progresif sehingga kesemua tulang lenyap. Sinonim: osteolisis leluasa. |
progressive muscular atrophy | atrofi otot progresif | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit neuron motor yang kronik yang ditandai dengan pengecilan otot secara progresif, yang mengakibatkan kelumpuhan. Penyebabnya tidak diketahui, tetapi degenerasi terjadi pada neuron motor atas dan bawah. Sin: atrofi otot spina, penyakit neuron motor |
progressive JPEG | JPEG progresif | Teknologi Maklumat | Tiada | Spesifikasi fail grafik JPEG yang telah ditambah/ditingkatkan dan setara dengan GIF selang-seli. Paparan imej JPEG progresif beransur-ansur meresap jelma pada pelayar Web. Paparan imej semakin bertambah jelas sehingga keseluruhan fail selesai dimuat turun. Jenis grafik ini sesuai digunakan untuk menghantar imej dengan menggunakan modem (kelajuan rendah). |
progressivism | progresivisme | Sejarah | Tiada | 1. Prinsip dan amalan yang dianuti oleh ahli progresif.,2. Doktrin politik dan ekonomi yang diperjuangkan oleh golongan progresif. |
progressive reaction model | model tindak balas progresif | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model bagi tindak balas zarah pepejal bukan mangkin dengan gas bahan tindak balas di sekelilingnya. Gas memasuki zarah dan bertindak balas sepanjang masa pada kadar yang berlainan bergantung pada kedudukannya di atas zarah. Oleh itu, zarah pepejal digunakan secara progresif dalam tindak balas. |
progressive scan | imbas progresif | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik mengimbas imej yang mengumpul data dan memprosesnya pada setiap baris imbasan satu demi satu mengikut turutan. Teknik ini merupakan sistem penyegaran bukan selang-seli yang menghapuskan kerlipan pada monitor CRT. Sistem ini menghantar maklumat kepada setiap piksel pada skrin secara berturutan - kiri ke kanan, atas ke bawah - untuk menjana imej. Imbas progresif menjana imej yang lebih berkualiti berbanding imbas selang-seli. |
sarcoidosis | sarkoidosis | Perubatan | Tiada | Sejenis retikulosis granulomatus umum progresif dan kronik yang tidak diketahui etiologinya, melibatkan hampir mana-mana organ atau tisu, termasuk kulit, peparu, nodus limfa, hati, limpa, mata dan tulang-tulang kecil tangan dan kaki. Secara histologi, penyakit ini dicirikan dengan tuberkel-tuberkel sel epitelioid yang tidak berkaseasi di dalam kesemua organ dan tisu yang terlibat. Bentuk akutnya bermula secara mendadak dan dengan kadar pemulihan sementara yang spontan, manakala bentuk kroniknya pula bermula sedikit demi sedikit dan menjadi semakin progresif. |
progressive | progresif | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |