Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
promosi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan penggalakan, pengiklanan, penonjolan, pemaparan, pencanangan, penghebahan;,
Kata Terbitan : mempromosi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
above the line/ below the lineatas garisan / bawah garisanKomunikasiKorporat1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli
video clippetikan videoKomunikasiTiada1. Persembahan video yang menggunakan hanya sebahagian daripada keseluruhan filem untuk tujuan promosi. 2. Persembahan video berdasarkan lagu yang dilakonkan atau imej yang mentafsir seni kata lagu dalam bentuk visual.
insertselitanKomunikasiKorporat1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan.

Kembali ke atas