germplasm | germplasma | Bioteknologi | Tiada | Protoplasma Protoplasma yang dipindahkan dari suatu generasi ke suatu generasi yang berikutnya melalui sel germa. |
protoplasmic droplet | titis protoplasma | Veterinar | Praklinikal | Residu sitoplasma sperma yang gagal disingkirkan semasa perubahan kematangan dalam epididimis. Wujudnya titis protoplasma pada sperma menandakan proses kematangan dalam epididimis tidak lengkap. Kedudukan titis protoplasma pada sperma menunjukkan tahap ketidakmatangan sperma. Sperma yang mempunyai titis protoplasma berhampiran kepala tidak matang berbanding sperma yang mempunyai titis protoplasma di bahagian tengah; badan atau ekor. Sperma bertitis protoplasma dapat dilihat pada jantan yang terlebih guna untuk pengawanan atau pengumpulan semen. |
protoplast | protoplas | Biologi | Histologi dan Sitologi | Unit hidup protoplasma yang mengandungi nukleus, protoplasma dan rangkaian enzim yang berkaitan. Sel tumbuh-tumbuhan mengandungi protoplas yang dikelilingi oleh dinding sel. Protoplas dalam bidang botani setara dengan satu sel dalam bidang zoologi (kedua-duanya memiliki membran plasma). |
protoplasm | protoplasma | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahan bergranul bak agar-agar yang terdapat pada sel hidup. Bahan ini terdiri daripada campuran sebatian organan, seperti protein dan lipid, dan bahan bukan organan kompleks yang larut, berselerak dan tertampai yang sentiasa mengalami perubahan kimia. Kandungan protoplasma pada sesuatu spesies didapati berbeza di antara satu spesies dengan satu spesies yang lain, dan fungsinya juga berbeza daripada satu sel dengan satu sel yang lain atau daripada satu individu dengan satu individu pada spesies yang sama. Protoplasma menjadi tempat proses metabolisme yang dikawal oleh enzim, dan menjadi tempat pembentukan asid nukleik yang mensintesiskan sesuatu enzim. Vakuol, rembesan dan bahan yang diperangkap sebagai bahan makanan tidak dianggap sebagai bahagian protoplasma. Pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, protoplasma dibezakan dengan sitoplasma dan nukleus sel eukariot. |
protoplasm | protoplasma | Botani | Tiada | Bahan yang hidup dalam protoplas sel. Protoplasma terdiri daripada air, protein, asid amino, lipid, gula ringkas dan juga pelbagai sebatian organik serta garam mineral. |
protoplasm | protoplasma | Perubatan | Tiada | Jisim asas benda hidup yang terdiri daripada protein, lemak, karbohidrat, garam tak organik dan air. Protoplasma terdiri daripada sitoplasma dan nukleoplasma. |
plasmodesmata | plasmodesmata | Botani | Tiada | Bebenang sitoplasma yang lembut dan memenuhi salur-salur halus pada dinding sel, yang menghubungkan protoplasma sel-sel bersebelahan. Lihat juga sitoplasma, protoplasma. |
protoplasm | protoplasma | Kimia | Tiada | Tiada |
protoplasm | protoplasma | Kimia | Tiada | Tiada |
protoplasm | protoplasma | Sosiologi | Tiada | Tiada |