Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[psi.ké.dé.lik] | ڤسيکيديليک

Definisi : (psikédélik) 1. (Ubat) menyebab­kan atau mengakibatkan halusinasi (bkn dadah): dadah ~; 2. (S.Lukis) mempunyai pelbagai warna yg sangat terang atau garang, dan bentuk yg berbelit-belit spt yg diilhamkan melalui khayalan (bkn lukisan abstrak, hiasan, pakaian dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikedelik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychedelicpsikedelikKesenianTiadaTiada
psychedelic artlukisan psikedelikKesenianTiadaLukisan abstrak dan hiasan yang mempunyai pelbagai warna yang garang dan bentuk berbelit-belit seperti diilhamkan melalui khayalan.
psilocinpsilosinKimiaForensikFormula kimia, C12H16N2O; hablur putih, takat lebur 173�C - 176�C, larut dalam etanol dan asid asetik cair, larut sedikit dalam air. Psilosin merupakan alkaloid indola, agen psikotomimetik-psikedelik dan halusinogen. Psilosin merupakan terbitan 4-hidroksitriptamina dan boleh juga diperoleh daripada kulat Psilocybe mexicana serta merupakan metabolit psilosibin.
psilocybinepsilosibinKimiaForensikFormula kimia, C12H17N2O4P; hablur putih, takat lebur (dari metanol) 185�C - 195�C, (air) 220�C - 228�C, larut sedikit dalam air dan metanol, tak larut dalam etanol, kloroform dan benzena. Psilosibin merupakan alkaloid indola, agen psikotomimetik-psikedelik dan halusinogen. Hablur ini merupakan terbitan 4-hidroksitriptamina dan boleh juga diperoleh daripada kulat Psilocybe mexicana.

Kembali ke atas