psychological dependence | kebergantungan psikologikal | Perubatan | Tiada | Pengambilan ubat secara berterusan bagi mendapatkan kebaikan fizikal dan mental. Kebergantungan psikologikal boleh berlaku pada mana-mana ubat walaupun ubat tersebut tidak mempunyai kesan terus kepada minda. Contoh ubat yang boleh mendapatkan kebergantungan psikologikal ialah marijuana, laksatif dan analgesik. |
atmosphere | suasana | Kesusasteraan | Tiada | Kesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood. |
learned helplessness | ketakupayaan dipelajari | Psikologi | Psikologi Umum | Ketakupayaan yang diperoleh individu atau haiwan melalui pengalamannya yang tidak dapat mengatasi halangan atau rangsangan yang menekankan atau menyakitkan. Contohnya, anjing diletakkan dalam kotak yang diberi kejutan elektrik tanpa ada peluang untuk melepaskan diri sehingga pada akhirnya anjing itu melolong, mendekam dan merengek kesakitan. Keadaan psikologikal ini dialami oleh individu apabila mereka tidak lagi mempunyai harapan untuk mengelakkan diri daripada penderitaan yang memeritkan. Kanak-kanak sekolah boleh mengalami keadaan ini sekiranya mengalami kegagalan yang berulang kali. Kemurungan ialah salah satu kecelaruan psikologi yang diakibatkan oleh ketakupayaan dipelajari. Tingkah laku seperti mengkritik diri sendiri, pemikiran negatif atau kegagalan diri juga dikatakan berkait rapat dengan fenomena ini. |
theater of cruelty | teater kekejaman | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mementaskan aksi ganas dan kejam. Tujuan pementasan adalah untuk mengejutkan khalayak, iaitu apa yang terpendam dalam lapisan bawah sedar khalayak dapat dilepaskan. Teater kekejaman dimulakan oleh Antonin Artaud pada tahun 1930-an. Teater ini memberikan kesan ke atas deria manusia untuk membolehkan mereka memecahkan sekatan psikologikal yang mengongkong kehidupan serta pemikiran. Teater kekejaman menggunakan pelbagai teknik seperti kesan cahaya yang menyilau, mimos, serta aksi yang sensasi dan dahsyat. Contohnya, drama oleh Peter Wiess berjudul Marat/Sade. |
the Diagnostic and Statical Manual of Mental Disorders (DSM-IV-TR); | Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental (DSM-IV-TR) | Psikologi | Psikologi Umum | Manual kecelaruan mental yang digunakan untuk mengenal pasti atau mendiagnosis jenis tingkah laku abnormal secara lebih sistematik. Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental terdiri daripada empat edisi yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association untuk mengklasifikasikan kecelaruan psikologikal bagi tujuan pendiagnosisan untuk mencari terapi yang terbaik. Manual ini ialah versi terkini yang bukan sahaja satu dokumen saintifik tetapi juga dokumen sosial. Mengikut manual ini, kebanyakan kecelaruan psikologi sebahagiannya adalah berpunca daripada masalah biologi, masalah sosial dan penyalahgunaan dadah. Antara kecelaruan yang disenaraikan termasuklah kecelaruan psikotik, kehilangan rasa hati, keresahan, somatoform, disosiatif, gangguan personaliti, masalah identiti seksual dan gender, kecelaruan mental atau kognitif dan tabiat makan. |
fantastic | fantastik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898). |
mimetic criticism | kritikan mimetik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melihat karya kesusteraan sebagai suatu peniruan, refleksi atau gambaran tentang alam dan kehidupan manusia. Mengikut kaedah ini, fungsi utama kesusasteraan adalah mencipta kembali pengalaman manusia dengan menggunakan kata-kata. Ukuran dasar bagi sesebuah karya ialah ketepatan gambaran tersebut jika dibandingkan dengan objek yang sebenar. Menurut Aristotle dalam Poetics, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti sedia ada. Dalam kritikan ini, aspek sosial, moral, psikologikal dan lain-lain diserlahkan untuk menilai sejauh mana peniruan tersebut memberikan gambaran yang sebenar mengenai kehidupan manusia. |
existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |
conflict | konflik | Kesusasteraan | Tiada | Pertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �pergaduhan atau pertembungan�. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik. |