Pt-10 Rh/Pt thermocouple | termogandingan Pt-10 Rh/Pt | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Alat piawaian yang digunakan untuk mengukur suhu dalam julat 630l.74�C hingga 1064.43�C. bagi suhu yang lebih tinggi daripada 1064.43�C, suhu ditakrifkan oleh hukum pemancaran Planck. |
Pt group metal | kumpulan logam Pt | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kumpulan logam berharga tinggi yang digunakan dalam tindak balas kimia bermangkin. Kumpulan ini terdiri daripada rutenium, rodium, paladium, iridium, osmonium, dan platinum. |
PT phase diagram | gambar rajah fasa PT | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Plot tekanan melawan suhu bagi data tekanan wap pepejal tulen pada suhu tertentu hingga ke titik suhu tigaan dan juga tekanan wap cecair tulen pada suhu di atas titik suhu tigaan. Gambar rajah ini memberikan sempadan fasa pepejal, cecair, dan gas pada tekanan dan suhu yang ditetapkan. |
beer mug | kole bir | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kole yang bermuatan 1/2 pt untuk bir. |
fusion curve | lengkung pelakuran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Lengkung pada gambar rajah fasa PT yang menandakan garisan keseimbangan pepejal dan cecair. Ia merupakan sempadan keadaan suhu dan tekanan bagi kawasan satu fasa, sama ada fasa pepejal atau cecair. |
sublimation curve | lengkung pemejalwapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Lengkung pada gambar rajah fasa PT yang menandakan garisan keseimbangan gas dan pepejal. Ia merupakan sempadan keadaan suhu dan tekanan bagi kawasan satu fasa, sama ada fasa pepejal atau gas. |
vaporization curve | lengkung pengewapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Lengkung pada gambar rajah fasa PT yang menandakan garisan keseimbangan gas dan cecair. Ia merupakan sempadan keadaan suhu dan tekanan bagi kawasan satu fasa, sama ada fasa gas atau cecair. |
platinum | platinum | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan VIIIB (atau 10) jadual berkala, simbol Pt, nombor atom 78, berat atom 195.09, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 1769°C, takat didih 3750 - 3850°C, berbentuk pepejal mulur, berwarna putih perak, tidak mudah pudar, tahan kakis, dan terdapat lima isotop yang stabil. Platinum diekstrak daripada bijihnya. Logam ini digunakan untuk membuat barang kemas, termogandingan, alatan makmal, magnet kekal dan mangkin. |
radar equation | persamaan radar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Persamaan yang menyatakan kuasa gema rada, Pr, dari sasaran tunggal sebagai masukan kepada antena penerima suatu radar. Bagi sinaran terkutub satah, persamaan ini adalah seperti yang berikut: Pr = PtAe2? Pr = _________ 4p4 l2 dengan Pt, ialah kuasa terpancar dalam watt; Ac luas berkesan antena; ? keratan rentas sasaran; dan l panjang gelombang yang digunakan. |
penetration model theory | teori model penembusan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori bagi pemindahan jisim secara olakan yang berdasarkan model bahawa bahan tindak balas akan digunakan dengan cepat setelah meresap pada jarak yang pendek ke dalam medium bendalir. Teori ini meramalkan pekali pemindahan jisim sebagai kc = [DAB / pt]1/2, dengan kc = pekali pemindahan jisim, DAB = pekali resapan, t = masa. |