after top dead centre (ATDC) | selepas pusat mati atas (ATDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh di antara pusat mati atas (TDC) dengan pusat mati bawah (BDC), selepas melepasi pusat mati atas (TDC) untuk lejang omboh yang sedang bergerak ke bawah, yang diukur menurut bilangan darjah putaran aci engkol. |
before top dead centre (BTDC) | sebelum pusat mati atas (BTDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh di antara pusat mati bawah (BDC) dengan pusat mati atas (TDC), sebelum mencapai pusat mati atas (TDC) lejang omboh yang bergerak ke atas. dan diukur menurut bilangan darjah putaran aci engkol. |
after bottom dead centre (ABDC) | selepas pusat mati bawah (ABDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh yang berada di antara pusat mati bawah (BDC) dengan pusat mati atas (TDC) semasa lejang omboh sedang bergerak ke atas di dalam silinder enjin yang diukur menurut bilangan darjah putaran aci engkol. |
compression stroke | lejang mampatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gerakan omboh dari pusat mati bawah (BDC) ke pusat mati atas (TDC) selepas lejang pengambilan semasa kedua-dua injap tertutup untuk membolehkan udara atau campuran udara-bahan api di dalam silinder dimampatkan. |
exhaust stroke | lejang ekzos | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lejang omboh dari pusat mati bawah (BDC) ke pusat mati atas (TDC) selepas lejang kuasa. |
intake stroke | lejang pengambilan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lejang omboh dari pusat mati atas (TDC) ke pusat mati bawah (BDC) untuk membolehkan udara atau campuran udara-bahan api memenuhi ruang silinder. |
piston stroke | lejang omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gerakan omboh dari pusat mati bawah (BDC) ke pusat mati atas (TDC) atau sebaliknya. |
power stroke | lejang kuasa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Omboh yang bergerak dari pusat mati atas (TDC) ke pusat mati bawah (BDC) selepas lejang mampatan. |
stroke | lejang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak yang dilalui oleh omboh dari pusat mati atas (TDC) ke pusat mati bawah (BDC) atau sebaliknya. |
cubic inch displacement | sesaran inci padu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Isi padu silinder enjin dari kedudukan pusat mati bawah ke pusat mati atas yang diukur dalam inci pada ( in�). |