despair | putus asa | Perubatan | Tiada | Perasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan. |
depression | kemurungan | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa, yang diiringi dengan gejala seperti sukar tidur, lembap berfikir dan berbuat sesuatu. Kadang-kadang keadaan ini dikaitkan dengan rasa bersalah yang berlebihan, yang tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. |
depression | depresi/kemurungan | Perubatan | Tiada | Keadaan mental yang mempunyai ciri seperti perasaan sedih dan putus asa serta gangguan terhadap aktiviti harian. Keadaan ini merupakan tindak balas mental yang normal terhadap sesuatu musibah atau merupakan penyakit jiwa sekiranya teruk dan berpanjangan. |
mood disorder | kecelaruan rasa hati | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu |