Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakan-rakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delinquent peer influencespengaruh delinkuen sebayaKriminologiKeadilan JenayahPengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut.
criminal peer influencepengaruh rakan sebaya jenayahKriminologiKeadilan JenayahKuasa pergaulan individu dengan rakan-rakan jenayah yang sama umur atau status yang menyebabkan individu tersebut turut terlibat dalam jenayah.
Quartz IndexIndeks KuarzaGeologiTiada1. Kuantiti terbitan dalam sistem pengelasan batuan Niggli, yang mungkin positif atau negatif, dan merupakan penunjuk darjah penepuan silika batuan.,2. Istilah yang digunakan oleh Dapples dan rakan-rakan untuk menunjukkan kematangan mineralogi batu pasir melalui pengukuran peratusan kuarza gersik.
entity planpelan entitiPentadbiran PerniagaanTiadaPelan yang menyediakan perjanjian jual beli, iaitu apabila seorang rakan kongsi meninggal dunia, rakan perkongsian akan membeli bahagian si mati untuk dibahagikan kepada rakan kongsi yang masih hidup. Premium dibayar oleh rakan kongsi daripada pendapatan mereka dan nilai tunai insurans diambil kira sebagai aset firma tersebut.
LEN (low entry network)LEN (rangkaian masukan rendah)Teknologi MaklumatTiadaDalam SNA keterkaitan rakan ke rakan antara nod jenis 2.1 yang bersebelahan seperti PC, stesen kerja dan minikomputer.
circle formationpembentukan pusinganSukanTiadaTaktik dalam permainan beregu yang memerlukan pemain mengambil tempat rakan apabila rakan tersebut bergerak ke bahagian lain dalam gelanggang sehingga membentuk pusingan.
XMLP (XML protocol)XMLP (protokol XML)Teknologi MaklumatTiadaProtokol rangkaian yang dibangunkan dan diselenggarakan oleh W3C bagi membolehkan peranti dalam rangkaian rakan ke rakan berkomunikasi menggunakan XML sebagai bahantara pengkapsulan.
partnership insuranceinsurans perkongsianinsuransTiadaInsurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya.
partnership insuranceinsurans perkongsianPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya.
companion cellsel rakanBotaniTiadaSel parenkima khusus yang terdapat dalam tisu floem tumbuhan angiospema. Sel rakan berhubung rapat serta sentiasa wujud bersama unsur tiub tapis dan kedua-duanya terbentuk melalui pembahagian sel induk yang sama. Sel rakan mengandungi sitoplasma yang padat dan nukleus yang ketara.
12345678910...

Kembali ke atas