residual error | ralat sisa | Kejuruteraan | Tiada | 1. Jumlah ralat rawak dan ralat sistematik yang tidak dibetulkan. |
absolute error | ralat mutlak | Teknologi Maklumat | Perisian | Ralat yang diperoleh selepas mengambil magnitud beza sisihan antara nilai sebenar dengan nilai yang dianggarkan. Ralat ini boleh diungkapkan melalui persamaan berikut: ϵ = |b - a|; a ialah nilai sebenar dan b ialah nilai anggaran. Contohnya, jika nilai sebenar ialah 90 dan nilai anggaran ialah 89.9, maka nilai ralat mutlak ialah 0.1. |
bug | pepijat | Matematik | Tiada | 1. Pepijat: Ralat di dalam satu atur cara atau sistem. |
jitter | ketar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ketakstabilan isyarat, pada amplitudnya dan/atau fasanya, disebabkan gangguan mekanik atau perubahan pada voltan bekalan, ciri-ciri komponen atau sebagainya.,2. Ralat pada amplitud dan/atau fasa isyarat, yang menyebabkan aberasi yang kecil dan deras pada saiz atau kedudukan bayangan tiub sinar katod.,3. Ralat kesegerakan di antara penghantar faksimile dengan penerima seperti yang muncul sebagai gerigi pada salinan.,4. Gerigi pada salinan faksimile yang diterima disebabkan sesaran beralat bagi bintik terakam di arah pengimbasan.,5. Aberasi atau papar berulang-ulang, yang menandai ketakstabilan bagi isyarat atau osiloskop.,6. Kehilangan kesegerakan disebabkan kegagalan mekanik atau elektrik.,7. Sejenis herotan talian komunikasi analog yang disebabkan oleh perubahan isyarat daripada kedudukan pemasaan rujukannya, yang dapat menyebabkan ralat penghantaran data, terutamanya pada kelajuan yang tinggi. |
professional liability insurance | insurans liabiliti profesional | insurans | Tiada | 1. lih. insurans salah amalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang perubatan. 2. lih. insurans ralat dan ketinggalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang seperti perundangan dan perakaunan. Ralat dan ketinggalan juga terdapat di dalam kebanyakan jenis perniagaan seperti agensi pelancongan dan ibu sawa telefon. |
Purple Book | Buku Ungu | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen spesifikasi untuk format cakera padat ketumpatan berganda (DDCD). Dokumen ini diberi nama Buku Ungu secara tidak rasmi oleh Sony dan Philip. Buku Ungu menyediakan spesifikasi bagi membolehkan sekeping CD menyimpan 1.3 Gigabait, iaitu dua kali ganda kapasiti CD biasa dengan menyempitkan trek nada dari 1.6 mikron kepada 1.1 mikron, dan memendekkan panjang pit minimum dari 0.833 mikron kepada 0.623 mikron. Kandungan spesifikasi Buku Ungu yang lain ialah kaedah pembetulan ralat yang baru yang dikenali sebagai CIRC7 yang diadaptasi dari format fail ISO 9660, serta pengimbasan pada kelajuan 0.9 meter per saat. |
AIS (alarm indication signal) | AIS (isyarat tanda gera) | Teknologi Maklumat | Tiada | Isyarat yang kesemuanya terdiri daripada digit 1, bagi menandakan ralat pada terminal penghantar atau talian. |
error rate | kadar ralat | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Perkiraan yang menyatakan peratusan jawapan yang tidak betul pada satu set butiran atau keseluruhan program. |
error and omission insurance | insurans ralat dan ketinggalan | insurans | Tiada | 1. Insurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas sebarang kerugian disebabkan kesilapan atau kealpaan insured sendiri. Contoh: sebuah syarikat insurans membeli perlindungan jenis ini untuk melindungi dirinya terhadap kerugian daripada perkara seperti kegagalan mengeluarkan polisi. 2. Insurans yang melindungi kerugian akibat kegagalan insitusi kewangan untuk mendapatkan perlindungan insurans. |
debug | nyahpepijat | Komputer | Tiada | 1. Menguji atur cara dan mencari serta membetulkan sebarang ralat atau kegagalan. |