Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea motleyana; ~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan (pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj tumbuhan (pokok), mem­paung, Baccaurea lanceolata; c) = ~ pun­tianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam, Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan (pokok), kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj tumbuhan (pokok memanjat), berenas, Trichosporu­m radicans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rambai I

Puisi
 

Mudik ke hulu mengait rambai,
     Rambai mencarik lengan baju;
Saya tak rebut bunga setangkai,
     Bunga lain sedap bau.


Lihat selanjutnya...(21)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bekarbekoiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Crtpteronia spp. daripada famili Crypteroniaceae. Nama lain di Semenanjung ialah telinga badak dan di Sabah ialah rambai-rambai. Spesies utama kayu ini ialah Cryteronia griffithii dan C. Paniculata. Gubal kayunya dan teras kayu bekai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat muda dengan imbasan merah jambu atau ungu. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau agak beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan ringan hingga sederhana berat. Kayu bekoi sesuai untuk kegunaan am.
tampoitampoiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Baaccaurea spp. daripada famili Euphorniaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah rambai hutan, asam tambun, juntik bukit, jintik-jintik dan sekam, dan di Sabah ialah rambai hutan, belimbing hutan, kunau-kunau, dan limpang. Spesies utamanya termasuk Baccaurea angulata, B. Kingii, dan B. scortechii. Gubal kayu tampoi sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kekuningan dan menjadi coklat apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana tisu rujinya besar. Iranya lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Spesies ini terkenal sebagai sumber buah tampoi.
dioeciousdiesiusHerbaBotani dan BioteknologiJenis tumbuhan yang mempunyai bunga jantan dan betina pada pokok yang berlainan. Contohnya, betik (Carica papaya) dan rambai (Baccaurea motleyana).
mendaruhmendaruhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Ptychopyxis spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah medang asam, medang kelipat dan rambai hutan. Spesies utamanya termasuk Ptychopyxis caputmedusae, P. costata, dan P. kingii. Gubal kayu mendaruh sukar dibezakan daripada teras kayunya, biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan selaka dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 675 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat.
inflorescencejambak bungaHerbaBotani dan BioteknologiBahagian pokok yang mengandungi sekelompok atau gugusan bunga. Terdapat beberapa jenis jambak bergantung pada susunan bunga. Contohnya, jambak jenis panikel seperti mangga (Mangifera indica), jenis spika seperti pokok ekor kucing (Acalypa hispida), jenis rasem seperti pokok beka (Oroxylum indicum), jenis umbel seperti bunga tahi ayam (Lantana camara), jenis spadiks seperti kelemoyang (Homalomena sagitifolia), jenis kapitulum seperti bunga matahari (Helianthus annuus) dan jenis katkin seperti rambai (Baccaurea motleyana).

Kembali ke atas