Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj anyaman yg berlilit-lilit (berjalin-jalin); meraminkan menganyam berlilit-lilit (berĀ­jalin-jalin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ramin I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raminraminPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Gongstylus spp. daripada famili Gonystylaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah dara eluk, melawis, pinag baik, dan pinag muda. Spesies utamanya Gonystylus affinis dan G. bancanus.. Gubal kayu ramin biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning susu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, mengering dengan perlahan serta mengalami cacat retak. Ketahanan semula jadinya rendah tetapi mudah diawet. Kayu ramin terkenal sebagai kayu untuk kerja tanggaman untuk perabot, panel, papan lukisan, barang permainan, venir, dan papan lapis.
sapwoodgubal kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian luar kayu yang mengandungi sel hidup dan bahan simpanan seperti kanji. Biasanya gubal kayu berwarna lebih muda dibandingkan dengan warna teras kayu, kecuali beberapa jenis kayu seperti kayu jelutung dan ramin, yang warna gubal kayu dan teras kayunya serupa. Gubal kayu mempunyai ketahanan yang lebih rendah daripada teras kayu tetapi lebih mudah diawet.

Kembali ke atas