radioactive decay chain | rantaian reputan radioaktif | Fizik | Atom dan Nuklear | Siri nuklid yang dikaitkan dalam suatu rantaian oleh reputan radioaktif. Setiap nuklid dalam rantaian tersebut mereput kepada yang berikutnya hingga kepada suatu nuklid yang stabil. Sinonim rantaian reputan, rantaian penyepaian, siri reputan, siri penyepaian. |
volcanic chain | rantaian volkano; rantaian gunung berapi | Geologi | Tiada | Susunan linear sejumlah volkano yang kelihatannya bersekutu dengan featur geologi pengawal, seperti sesar. |
volcanic chain | rantaian volkano; rantaian gunung berapi | Perikanan | Tiada | Tiada |
frankfurter | frankfurter | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Sosej yang biasanya diperbuat daripada daging, lemak, bahan isian, rempah, garam, gula dan garam pengawet. Frankfurter dihasilkan dengan mengisar semua ramuan dan diisi ke dalam kelongsong dan akhirnya dibentuk menjadi suatu rantaian. Rantaian frankfurter ini kemudian disalai, dimasak dan digantung di dalam bilik sejuk. |
branching | pencabangan | Kejuruteraan | Polimer | Penumbuhan satu rantaian polimer baru dari satu tapak aktif pada rantaian polimer mantap, pada arah yang berlainan dari arah penumbuhan rantaian mantap. Pencabangan adalah hasil daripada proses pemindahan rantai atau hasil daripada pempolimeran monomer dwifungsi. Pencabangan sangat mempengaruhi ciri polimer. |
proton-proton chain | rantaian proton-proton | Fizik | Atom dan Nuklear | Satu daripada rantaian tindak balas pelakuran nukleus yang menukar hidrogen kepada helium. Tindak balas ini berlaku dalam bintang kaya hidrogen dengan mengambil masa 10 bilion tahun untuk melengkapi satu rantaian tindak balas. Tindak balas utama dalam rantai ini diungkapkan sebagai: ¹H + ¹H ® ²H + e⁺ + ve + 0.42 MeV ²H + ¹H ® ³He + g +5.49 MeV ³He + ³He ® ⁴He + ¹H +¹H + 12.86 MeV, dengan e⁺ = positrὀn, ve = neutrino, ¹H = hidrogen (proton), g = sinar gama, dan He = helium. |
decay chain | rantaian reputan | Fizik | Atom dan Nuklear | Lihat rantaian reputan radioaktif. |
disintegration chain | rantaian penyepaian | Fizik | Atom dan Nuklear | Lihat rantaian reputan radioaktif. |
chain of command | rantaian perintah | Pengurusan | Perancangan | Susunan dan turutan kuasa sah, kuasa arahan serta laporan tugas yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepada pekerja di setiap lapisan organisasi. Rantaian perintah untuk melakukan tugas diturunkan daripada pihak lapisan atas kepada pihak yang berada di lapisan bawah, manakala aliran pelaporan tugas ialah kebertanggungjawaban pihak di lapisan bawah untuk membuat laporan kepada pihak di lapisan atas. Contoh rantaian perintah ialah kuasa sah seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang menurunkan arahan untuk melaksanakan sesuatu tugas kepada Pengurus Kanan, seterusnya arahan tersebut diturunkan pula oleh Pengurus Kanan kepada Pengurus, dan akhirnya daripada Pengurus kepada pekerja. |
bulk shot | rantaian pukal | Perikanan | Tiada | Rangkaian beberapa biji ladung terbelah yang diikat atau disepit pada tali untuk menambahkan berat tali. Rantaian pukal dibuat supaya umpan yang dipasang pada mata pancing kelihatan semula jadi. Lihat juga ladung terbelah. |