Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh yg masih lembut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebung

Puisi
 

Cancang rebung saya kunyiti,
     Anak sembilang terayap-rayap;
Tantang gunung saya tangisi,
     Akan terbang tidak bersayap.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Rebung tak miang,
     bemban pula miang.

Bermaksud :

Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pucuk rebungpucuk rebungKesenianTiada1. Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung, lazimnya terdapat pada kepala kain batik sarung atau batik lepas.
puncak rebung(Ir.)puncak rebung(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung.
pucuk rebung berseretpucuk rebung berseretKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung, lazimnya terdapat pada bahagian kepala batik sarung.
kelarai pucuk rebungkelarai pucuk rebungKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung. kelarai tamindak
kelarai pucuk rebung berlawankelarai pucuk rebung berlawanKesenianTiadaKelarai pucuk rebung yang saling bertemu membentuk retin.
pucuk rebung segi dan lengkungpucuk rebung segi dan lengkungKesenianTiadaMotif tekat berunsur geometri yang mengambil bentuk pucuk rebung yang bersegi dan melengkung.
pucuk rebung segi tiga dan garispucuk rebung segi tiga dan garisKesenianTiadaMotif tekat berunsur geometri yang berbentuk pucuk rebung yang bersegi tiga dan bergaris.
chevron markkesan pucuk rebungGeologiTiadaDeretan lekukan seperti pucuk rebung, dengan hujungnya biasanya menunjuk ke hilir tetapi tidak semuanya menunjuk ke arah tersebut.
chevron (decoration)pucuk rebung (corak)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran pada tembikar, rumah tradisi masyarakat Melayu dan tenunan kain di Malaysia dan di Nusantara. Ukiran ini dikenali juga dengan nama bawal (gayo) di Acheh, tumpal di Jawa dan pucuak di Minangkabau. Ukiran ini berbentuk segi yang mengambil bentuk rebung buluh yang dikaitkan dengan unsur kekuasaan dan kesuburan. Corak pucuk rebung ini berbentuk segi tiga dan berkaki yang disusun secara berderet, kadangkala segi tiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Contohnya, pada rumah tradisi masyarakat Melayu, ukiran pucuk rebung sering dipasang papa papan cucuran atap dan muka tebar layar.
pinked edgetepi bentuk pucuk rebungKesenianTiadaTepi fabrik yang digunting dengan gunting bergerigi untuk memberikan kesan tepi pucuk rebung.
123

Kembali ke atas