lipoprotein | lipoprotein | Veterinar | Praklinikal | Kompleks makromolekul yang terbentuk daripada gabungan lipid dan protein yang larut dalam darah. Lipoprotein disintesis oleh hati dan usus kecil. Lipoprotein dikelaskan kepada kilomikron; lipoprotein ketumpatan sangat rendah; lipoprotein ketumpatan rendah dan lipoprotein ketumpatan tinggi mengikut ketumpatannya. Lipoprotein berfungsi untuk mengangkut lipid dan dalam pengesteran. |
leniency error | ralat murah hati | Pentadbiran | Tiada | Kecenderungan menilai sebilangan pekerja dengan terlalu tinggi atau terlalu rendah. |
cynical | sinis | Kesusasteraan | Tiada | Bersifat sinis, jahat mulut, busuk hati, bisa mulut dan memandang rendah. |
low density lipoprotein | lipoprotein ketumpatan rendah | Gerontologi | Tiada | Lipoprotein yang mengandungi kurang protein tetapi tinggi kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol dari hati ke sel periferal. |
romantic | romantik | Kesusasteraan | Puisi | Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang. |
DASH diet | diet DASH | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Pelan corak pemakanan yang kebiasaannya dicadangkan kepada individu yang ingin mencegah atau merawat hipertensi dan mengurangkan risiko penyakit hati. Diet DASH menekankan pengambilan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran serta produk tenusu rendah lemak, bijirin penuh, kekacang, ikan, dan ayam dengan mengurangkan pengambilan daging merah, mentega, dan makanan tinggi lemak. Gabungan diet DASH dengan pengambilan natrium (garam) yang rendah lebih berkesan untuk menurunkan hipertensi. |
copper poisoning | keracunan tembaga | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan sebatian kuprum. Had pendedahan kepada sebatian kuprum ialah 2 ppm. Tanda utama keradinan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan ialah pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan larutan ion kuprum pada kulit secara berulang mungkin menyebabkan tindak balas eritematus, papul, dan granulomatus pada sesetengah individu. Penyedutan semburan yang mengandungi kuprum dikaitkan dengan kejadian kanser paru-paru dan kemungkinan kerosakan hepar. Dalam penemuan makmal, urinalisis mungkin menunjukkan hematuria dan proteinuria yang menandakan kerosakan renal. Penemuan patologi termasuklah perdarahan gastroenteritis dan kerosakan buah pinggang dan hati. Kematian mungkin berlaku akibat pengingesan 10g kuprum(Il) sulfat. |
tin poisoning | keracunan timah | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L. |
zinc sulphate poisoning | keracunan zink sulfat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan zink sulfat, iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, antiseptik, dan pengawetan kayu dan kulit haiwan. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan pada kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi termasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Dos topikal ialah 0.2 % - 1% larutan dan dos oral ialah 2 g dalam 200 mL air. |
albumin | albumin | Veterinar | Praklinikal | Protein yang larut dalam air dan larutan garam yang berkepekatan sederhana. Albumin serum merupakan protein plasma utama dalam badan (lebih kurang 60%) yang terlibat dalam sebahagian besar tekanan osmosis koloid plasma. Albumin ini juga bertindak sebagai protein angkut untuk membawa molekul besar seperti asid lemak; bilirubin dan kebanyakan drug. Albumin disintesiskan dalam hati. Paras serum yang rendah boleh berlaku dalam malpemakanan protein; inflamasi aktif; penyakit hepar dan renal yang serius. |